Tuesday, 15 November 2011

pemikiran diluar kotak akal



Jack menaiki kereta api ke Kuala Lumpur. Penumpangnya agak sesak. Antara penumpang yang ramai tu ada seorang tua yg duduk di sebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap jack bertanya kepada orang tua tersebut,




" Pakcik, sekarang pukul berapa?" Org tua tersebut tidak menjwb. jack pikir, mungkin org tua ni kurang pendengaran lalu dia mengulangi pertanyaan sampai 3 4 5 kali.




Namun org tua tu tetap berdiam diri tanpa sebarang kata. Jack dengan agak geram mencuit org tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawab pertanyaan saya. apakah salah saya bertanya?" Orang tua itu menoleh sambil berkata,



"Bukannya saya tak mau jawab, tapi nanti kalau saya jawab, kita pasti akan bersoal jawab tentang lain-lain perkara pulak. Dan akhirnya kita akan bertambah mesra." Jack termangu mendengar kata-kata org tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?" Orang tua itu menjwb, "Apabila kita bertambah mesra, nanti apabila dah sampai ke stesen, nanti kita akan turun bersama sama



Saya nantinya pasti akan memperkenalkan kamu kepada anak gadis dan isteri saya yang datang menjemput saya." "Isteri saya orangnya baik sekali. Takut nanti dipelawanya kamu ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya. Kami juga akan menjamu selera kamu di rumah saya.



Setelah itu kamu jadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan jadi teman lelaki anak saya. Lama lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi. Jack menjadi semakin bingung lalu dia terus bertanya,



"Pakcik, apa hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yg pertama tadi? Saya cuma nak tahu sekarang ni pukul berapa?"



Sambil berdiri org tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya? Masalahnya AKU TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU Seperti KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDERRR!" Addduuu, jauh sungguh pemikiran org tuan ni. Sungguh futuristik! apa kelas jam tangan pun tak ada hahhaha...

No comments:

Post a Comment