Wednesday 10 April 2013

Journey to Cameron Highlands



Cameron Highlands..sebut jer boleh kata sume rakyat Malaysia tau. Tanah pertanian yang menjadi salah satu sumber ekonomi negara malah tempat yang menarik minat pelancong dalam dan luar negara.

Aku ke Cameron banyak sebab,  Pertama jalan-jalan buat kerja. Bos aku ada buat kerjasama dengan pegawai2 MARDI untuk buat 'efficacy trial' produk baru syarikat aku. So aku tumpang sekaki 2 in 1, kerja dan merayau.

Di sini aku share gambar2 aku kat ladang MARDI. 

Roses
Chrysanthemum (kekwa)

Strawberries
Rock Melon

Selain daripada itu aku juga melawat distributer ataupun dealer yang menjual produk keluaran syarikat aku. Sambil itu boleh la juga aku study competitors punya produk.
Dealer
Kedua, tujuan aku ke Cameron adalah untuk bercuti. Aku sempat bermalam kat Heritage Hotel, Tanah Rata. Cantik hotel ni, hotel-hotel lain aku belum penah cuba.


Maaflah aku ni kaki posing lagi satu aku ni 'mek bunga' yang gila pada bunga tapi tak pandai nak jaga bunga. Meleleh air liur tengok kedai-kedai yang jual pokok-pokok bunga kat Cameron. Hati nak sangat beli tapi comitment kerja dan 'sifat malas' aku tak mengizinkan aku membela 'bunga-bunga yang manja'.hu3.

So kebiasaan aku cari pokok yang senang nak jaga, ha3..pokok kaktus yang paling senang.




Cantik tak bunga-bunga Rose kat atas ni, ni gambar yang aku snap kat parking Heritage Hotel. Cantik sangat.

Ketiga, untuk balik kampung. Kampung aku kat Kelantan. Kalau musim cuti jalan Karak-Bentong tersangat la jem. So jalan Cameron antara jalan pilihan untuk mengelakkan kesesekan lalu lintas.

Jalan ke Cameron ni banyak sebenarnya. Kalau melalui pahang, boleh jer naik melalui Sg, Koyan, Raub cuma aku tak pasti jalannya cantik tak.

Lata Iskandar, Jalan Tapah-Cameron
Oleh itu aku biasa naik melalui Tapah atau pun Tanjung Malim. Kalau taknak mabuk kenderaan aku akan pilih jalan Tanjung Malim, ikut mood.

Alang-alang dah naik Cameron aku mesti shopping sakan sayur2an serta buah kegemaran aku strawberi dan tomato ceri.

Kali terakhir aku pass by Cameron minggu lepas, aku baru perasan ade Lavender Garden. Nampak menarik, next trip aku mesti pergi sana.