Saturday 30 November 2013

Quote of the Day

" The price of greatness is responsibility".

~ Sir Winston Churchill ~

Racun untuk Bunuh Pokok yang tak dikhendaki..

in memory..
Hari ni pagi-pagi lagi clik aku datang tanya, macamana nak bunuh pokok. Maka alang-alang aku dah sekolahkan dia, aku kongsi kat blog aku.

* aku nak ingatkan racun ini hanya untuk pokok yang tak dikhendaki sahaja, bukan pokok rumah jiran atau di kebun orang. 

Pokok yang tak dikhendaki juga disenaraikan sebagai salah satu jenis makhluk perosak.

Disini aku senaraikan beberapa jenis racun yang boleh digunakan untuk membunuh pokok yang berkenaan.

i. Amitrole  - foliar spray /sembur pada permukaan daun&batang

ii.  Bromacil - broadcast treatment/ tabur keliling pokok

iii. 2,4-D - foliar spray / sembur pada permukaan daun&batang

iv.  Dichlorprop  - foliar spray / sembur pada permukaan daun&batang

v. Dicamba - cut surface / potong dan sapu racun pada kawasan yang dipotong

vi.  Fosamine - foliage treatment / Sembur pada daun

vii. Glyphosate - foliar spray / sembur pada permukaan daun&batang

viii. Hexazinone - soil uptake / siram pada tanah keliling pokok

ix. Imazapyr - foliar, frill, stump treatment /sembur pada permukaan daun&batang, tanah dan tunggul pokok.

x.  Metsulfuron - foliar spray /sembur pada permukaan daun&batang 

xi.  Picloram - broadcast, foliar, frill treatment /tabur keliling pokok, sembur pada permukaan daun&batang, tanah.

xii.  Tebuthiuron - broadcast treatment /tabur keliling pokok

xiii.  Triclopyr - spray /semburan

Racun-racun diatas boleh diperolehi di pasaran tapi awas ada juga yang telah di'banned' oleh kerajaan Malaysia.

Sila rujuk pendaftaran racun diatas dengan Pesticide Board of Malaysia/Bahagian Kawalan Racun Makhluk Perosak untuk maklumat lanjut, atau mesej aku jer. hehee


Friday 29 November 2013

Aku & Mandarin - Part 5

(Aku belajar Mandarin ialah untuk isi masa lapang dengan kata lain Bila Aku Boring.he hee..)

Entry aku kali ni macamana nak tahu hari dan tarikh (What's today's date/Jintian Shi Jihao).

1. 'Hari dalam seminggu' / Day of the Week.

Q - Xingqi ji? (What Day) 
A - Jintian shi (Today is....)

Senang jer..hehehe
 2. 'Hari dalam sebulan'/ Day of the Month.

Q - Jihao? (What date)
A- Jintian shi (Today is....)



3. Bulan / Month - Yue


4. Tahun / Year - Nian

i. 1843 - yi ba si san nian
ii. 1908- yi jiu ling ba nian
iii. 2001 - er ling ling yi nian
iv. 2013 - er ling yi san nian


Dalam Mandarin, tahun akan disebut dahulu, diikuti bulan dan tarikh.

Contohnya;

i. 11-12-94 = jiusi nian shi er yue shiyi hao 
ii. 31-08-43 = sisan nian bayue sanshiyi hao

maka tarikh hari ini, 29-11-13 adalah yi san nian shi yi yue er jiu hao.
 


Quote of the Day

"Do what you can where you are with what you have got".

~Theodore Rooself~

Thursday 28 November 2013

Journey to South 3 - Port Dickson, N9

May 03, 2013.

Rupa-rupanya perjalanan kami tak berakhir di Melaka. Dalam perjalanan balik ke pulau, kami menyinggah ke PD. Pantai di PD dah biasa sangat maka kami cari kawasan baru yang belum pernah kami jelajah kat PD.

Akhirnya kami temui satu tempat, Pulau Burung. 

Daratan dari Pulau Burung
Jambatan ke Pulau Burung











Cantik pemandangan sekitar kawasan Pulau Burung ni, macam-macam info ada disediakan oleh MPPD.
Sejarah Pulau Burung











Jom tengok gambar sesi mejelajah Pulau Burung.
Ada laluan pejalan kaki
Ada tempat rehat
Senja di Pulau Burung
Malam sudah.. kami tak berhasrat untuk balik ke pulau, kami tuju hotel berdekatan, Corus Hotel. Kami pernah mendiami Corus Hotel di KL, hotelnya agak bagus. Jadi kami tak teragak-agak untuk pilih hotel ni version PD lak.

Corus Hotel
Belakang Hotel
pandangan belakang hotel dari bilik
Cantik sangat permandangan di belakang Hotel Corus ni. Pihak hotel juga ada menyediakan banyak kemudahan untuk tetamu hotel untuk beriadah kat belakang hotel. Aku pun sempat melayan game yg mereka sediakan.

promosi..heheee
paintball
Achery..lepas gian













Pihak hotel juga ada sediakan tempat karaoke yang dibina bersebelahan Hotel. Tetamu boleh test suara disana dengan harga discount, tak ketinggalan juga aku.

May 04, 2013.

Bumi PD kami tinggalkan. Kami tuju pulau untuk balik ke kediamanku. Itulah hari terakhir aku jumpa man sebelum dia lost. Memory bersama man segar di ingatan. Moga Allah beri kesempatan untuk aku menghabiskan masa bersama man lagi.

Quote of the Day

'People who have succedeed in their lives are not those who are born genius or intelligent but those who said "I WILL"'.

Journey to South 2..Melaka

Dah lama tertangguh cerita ni sejak man lost..

April 30, 2013


Seperti yang aku cerita sebelum ini, percutian aku kali ini tidak dirancang. Atas faktor kesihatan, Man yang baru tiba dari Bumi Kenyalang mencadangkan aku datang ke Melaka untuk berjumpa dengannya. Laju je aku berkejar ke stesen bas Shah Alam, seksyen 17, tuk cari tiket bas ke Melaka, 8.30 malam ngam2 aku sampai, trip bas transnasional yang terakhir. 

Aku sampai Toll Air Keroh lebih kurang 2 jam kemudian dan man dah tunggu aku kat sana. Mamat tu dah 'booked' hotel untuk aku, Puteri Resort. Disebabkan dah malam tak sempat dah aku nak posing bagai.


May 01, 2013. 

Keesokan harinya kami tuju pusat bandar Melaka, percutian yang tak dirancang, main redah jelah, musim pru13 lak tu. Kami pilih untuk tinggal di Mahkota Hotel, ala ala apartment. Semua kemudahan lengkap dengan dapur dan ruang tamu yang selesa. Cantik pemandangan kat hotel ni.


belakang hotel ngadap laut
depan hotel ngadap Dataran Pahlawan












Aku dah lama sebenarnya tak turun Melaka sejak 2005. Banyak sangat perubahan kat bandar ni. Aku habiskan masa seharian marayau kat Dataran Pahlawan bersama Man. Shopping, games, movies dan tempat makan, semua boleh dapat kat sini. Mamat tu walaupun tak sihat masih rajin melayan aku buat aktiviti yg aku suka, shopping. 

Selendang baru beli..hak3
Semasa merayau kat Dataran Pahlawan mall, kami terjumpa kedai Archery. Man ajak main, pertama kali aku pegang busur tu. Layan jelah, habis menyimpang semua anak panah.





Hari pertama kat Melaka berakhir macam tu jer. Seronok merayau kat Dataran Pahlawan, macam-macam ada. Disebabkan ini percutian yang tak dirancang, kami tambah semalam lagi penginapan di Mahkota Hotel.
May 02, 2013


Hari ni aku buka mata, baru aku perasan ada sesuatu yang menarik berhadapan hotel, walaupun agak jauh tapi jelas dimata. Depan aku ada satu bukit yg menempatkan kota A Famosa. wah..kena pergi ni.

Sah-sah aku pergi, arah jer driver aku masuk ke Bandar Hilir, park kereta dan kami jalan jalan sekitar kota A Famosa.


selamat mendaki
boleh tahan tinggi bukit ni









dalam st. paul
permandangan dr bukit st. paul..
di A Famosa
A famosa
melepaskan lelah ngan air mineral rm2 botol kecik



 















Seharian merayau kat bandar Hilir memang dengan memenatkan. Kami meninggalkan Melaka setelah melepaskan lelah dalam kereta .. Nak balik pulau terus ke ni...

Wednesday 27 November 2013

Journey to Bali

Cerita lama ni, terasa nak berkongsi jer.. 4day3nite percutian aku di Bali, ditaja sepenuhnya oleh company aku. Ingat-ingat lupa dah percutian ni tapi bila tengok gambar-gambar lama, keindahan Bali terbayang dimata.


01 May 2008, kaki aku menjejaki tanah Bali. Aku selamat tiba di lapangan terbang 'Bali Ngurah Rai International Airport' atau dikenali juga sebagai Denpasar International Aiport. Jejak jer kaki dah ada orang kalungkan bunga kat leher..aku pakai kalung sampai ke hotel.
aku&click
Di Bali kami menginap di hotel Bali Garden Hotel, Kuta. Cantik sangat pemandangan belakang hotel ni yang mengadap laut.

Aku ceduk dr google pic..
depan hotel
belakang hotel











Destinasi hari pertama di bumi Bali, aku dibawa ke Uluwatu Temple, salah satu tempat suci di sana.  Pelancong diwajibkan pakai tali kuning yg diikat pada pingang bagi menhormati kawasan ibadat tu. Aku tak snap gambar temple ni, aku lebih suka kawasan belakang temple ni, dimana temple ni dibina di tebing laut yang curam, kira-kira 70 meter.


tengah ikat tali azimat kat pingang

Besar juga kawasan temple ni, menyusuri tebing laut memenatkan tapi berbaloi. Cantik sangat, cuma masa kami berada kat sana hujan renyai-renyai, gambar pun gelap semacam. Masa kami merayau tu, ada upacara keagamaan diadakan disana, macam aktiviti wajib je aku tengok, aku tak snap gambar pun, macam memuja semacam jer.







makan time...
Perjalanan hari pertama kami berakhir dengan makan malam kat sebuah restoran muslim ditepi pantai. Lupa lak nama restoran tu. Lepas membelasah bbq seafood, kami merayau dekat shopping mall bersebelahan hotel, Discovery Shopping Mall. Belakang mall pun ngadap laut, memang cantik.


Hari ke2, pagi-pagi lagi kami telah dihidangkan dengan pertunjukan Teater Rakyat Bali (Nong Nong kling). Aku rasa semua pelancong macam diwajibkan tengok teater ni. Layan jelah walaupun tak faham apa mereka cakapkan.  

Perjalanan kami seterusnya menuju ke Kintamani untuk tengok gunung berapi, Gunung Batur, sekaligus makan tengahari kat sana. Sebelum tu kami dibawa shoppind dulu, agak mahal tapi aku sempat beli kain batik yang aku pakai dalam gambar dibawah ni. Lepas beli terus pakai.


Gunung Batur
Danau Batur

Cantik betul kawasan Kintamani, kawasan tanah tinggi yang mengadap gunung dan tasik. Mabuk juga aku bila bas kami melalui lereng-lereng kawasan pergunungan ni.




Penduduk tempatan bercerita kononnya diseberang tasik adalah kawasan perkuburan orang lama dimana mayat dibiarkan di tanah di bawah pokok rendang. Itu cara mereka menguruskan mayat. Sejauh mana kebenarannya, aku pun tak pasti, tak ingin aku nak gi tengok kuburan macam tu.


Singgah lepak jelah..

Kemudiannya kami dibawa shopping dan pergi ke kawasan pemprosesan Kopi Luwak atau kopi tahi musang di Tebasari, kopi yang terkenal dibali dihasilkan dari pencernaan musang. Mahal betul harga kopinya, nak minum pun aku tak sanggup walaupun orang cakap itu kopi no 1 tersedap didunia. hehehheh.



macam pandu sendiri jer




Pada waktu malamnya, kami dibawa ke planet Hollywood Bali sebelum dinner di satu restoran chinese Muslim. 

"  Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan"..hehe kemudiannya kami merayau sekitar Kuta dengan menaiki kereta kuda. Pengalaman pertama aku. best jugak, seratus ribu sekali naik.




Perjalanan hari ke3 diteruskan pula menuju ke Beratan Lake, Bedugul untuk makan tengahari disana sebelum kami dibawa ke Tanjung Benoa. 



Beratan Lake, Bedugul
Tanjung Benoa
mak penyu
clik aku yg ketakutan..heheh
Dari Tanjung Benoa, kami dibawa merentasi laut menuju ke Pulau Penyu (Turtle Island). Ini kali pertama aku naik bot. Best juga aktiviti kat sana selain tengok santuary penyu. Aku boleh pegang helang, kelawar dan ular. hehhee..
boleh makan tak ni..he hee
panas weh
Bersama tour guide

Pada waktu petang pula kami dibawa ke Tanah Lot untuk shopping dan tengok matahari terbenam. Cantik tul tanah lot. Banyak juta jugak aku habiskan ongkos aku shopping kat sini. 



Setelah kering poket aku termasuk berhutang ngan clik untuk shopping, kami balik ke hotel untuk berehat. Esoknya bumi bali akan kami tinggalkan. 

Hari ke4 tengahari, setelah berposing sakan kat hotel kami terbang pulang ke Malaysia. Best juga bercuti kat Bali. Untuk pergi kali ke2 mungkin boleh difikirkan.hehehe