Showing posts with label Bila aku boring. Show all posts
Showing posts with label Bila aku boring. Show all posts

Friday, 29 November 2013

Aku & Mandarin - Part 5

(Aku belajar Mandarin ialah untuk isi masa lapang dengan kata lain Bila Aku Boring.he hee..)

Entry aku kali ni macamana nak tahu hari dan tarikh (What's today's date/Jintian Shi Jihao).

1. 'Hari dalam seminggu' / Day of the Week.

Q - Xingqi ji? (What Day) 
A - Jintian shi (Today is....)

Senang jer..hehehe
 2. 'Hari dalam sebulan'/ Day of the Month.

Q - Jihao? (What date)
A- Jintian shi (Today is....)



3. Bulan / Month - Yue


4. Tahun / Year - Nian

i. 1843 - yi ba si san nian
ii. 1908- yi jiu ling ba nian
iii. 2001 - er ling ling yi nian
iv. 2013 - er ling yi san nian


Dalam Mandarin, tahun akan disebut dahulu, diikuti bulan dan tarikh.

Contohnya;

i. 11-12-94 = jiusi nian shi er yue shiyi hao 
ii. 31-08-43 = sisan nian bayue sanshiyi hao

maka tarikh hari ini, 29-11-13 adalah yi san nian shi yi yue er jiu hao.
 


Wednesday, 27 November 2013

Bahaya Garam Tersembunyi

Tertarik pada tajuk rencana Kosmo hari ni, aku terpanggil untuk share beberapa petikan yang boleh menyedarkan aku, spesis suka makanan masin ni.

"SAMA ada anda sedar atau tidak, kebanyakan makanan yang diambil secara harian mengandungi unsur natrium. Garam atau nama saintifiknya natrium klorida adalah antara sebatian utama yang digunakan dalam masakan. Namun masih ada beberapa jenis natrium dalam makanan yang tidak diketahui umum.
Sekeping roti kosong misalnya, dianggarkan mengandungi 100 hingga 172 miligram (mg) natrium. Jumlah keseluruhan natrium yang boleh diambil individu dalam masa sehari pula adalah sebanyak 2,400mg. Cuba kita lakukan anggaran kasar, sarapan pagi bersama dua keping roti hampir mencecah 300mg, jika ia disapu marjerin dengan amaun satu sudu teh, jumlah natrium yang diambil boleh mencecah 350mg.
Tambahan makanan seperti telur goreng, tuna dalam tin dan salad kemudiannya menjadikan jumlah natrium mencapai 750mg. Jika sarapan sahaja menghampiri 1,000mg, bayangkan amaun natrium secara jelas dan tersembunyi yang diambil ketika makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Tidak mustahil, seseorang itu mengambil jumlah natrium melebihi daripada yang digalakkan.
Akibat pengambilan natrium berlebihan, individu berkemungkinan berdepan masalah kesihatan seperti hipertensi iaitu hipertensi.
Garam, natrium bikarbonat dalam air bergas, kek dan kuih serta monosodium glutamat (MSG) ialah kumpulan sebatian biasa yang mengandungi natrium. Ramai yang keliru apabila mendapat tahu mereka menghidap hipertensi sedangkan penggunaan garam dalam masakannya amat dijaga. Bagaimanapun kekerapan mengambil makanan segera, sos cili, tiram, soya seperti kicap turut menyumbang kepada masalah tersebut."
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2lnnnwJpJ 
Hakcipta terpelihara 


Nak baca detail kena beli Kosmo lah, tak pun baca Komo! Online. 

Sejujurnya insaf aku seketika, aku fokus pada pengurangan gula dalam diet aku. Tapi aku terlupa pengambilan garam. Sejak kena jaga makan akibat kehadiran bacteria " Helicobacter pylori" dalam perut aku ni, aku terpaksa berpuasa daripada makan makanan pedas dan beminyak serta makan kat luar.

Tak terasa lagi nikmat kepedasan dalam menu harian aku, sekarang aku kena fikir macamana nak telan makanan kurang natrium pulak. Selama ni kerja aku mengomplen jer kalau orang masak kurang garam dalam sajian mereka. Sekarang aku pula kena belajar masak macam tu. 

Good Luck pada diri aku demi kesihatan luar dan dalaman.

Wednesday, 2 October 2013

Aku & Mandarin : Part 4

(Aku belajar Mandarin ialah untuk isi masa lapang dengan kata lain Bila Aku Boring.he hee..)

Entry kali ni aku nak share macamana tengok jam. Hahaaa


Senget lagi pic aku (sebenarnya same page ngan entry part 2 aku), tapi tak apalah asal korang boleh baca kan.

Masa yang dalam pic tu jika waktunya genap. Kalau ada minit dikira lain pula. 

Hour/Jam : Dian
Minute/Minit : Fen

Aku bagi contoh;

jam 5.40 = wu dian si shi fen.
jam 5.30 = wu dian ban (hehee..kenapa 'ban' pulak kan..ban tu bermaksud setengah).

sampai disini dulu..nanti aku sambung next entry..kita tengok apa kaitannya pula..

Aku & Mandarin : Part 3

(Aku belajar Mandarin ialah untuk isi masa lapang dengan kata lain Bila Aku Boring.he hee..)

Lupa nak jelaskan, aku belajar mandarin untuk percakapan (Pin Yin), bukan penulisan. Mandarin ni ada 4 intonasi seperti berikut;



Dimana setiap intonasi mempunyai sebutan berbeza walaupun ejaannya sama. Intonasi tu yang membezakan makna setiap perkataan. Salah intonasi salahlah maknanya, macam cakap 'bad word' pula. Malah nak sebut a e i o u pun ada 4 intonasi.

*Kalau nak dengar sebutan yang betul, korang boleh download pin yin kat hp korang.

note : consonent - yun mu; vowel - sheng mu.

Jom tengok Yun Mu, sama je ngan huruf bahasa melayu tapi jaga jaga sebutannya berbeza dengan 4 intonasi setiap satu (aku copy note aku..he hee).


Yang kat bawah ni sheng Mu pula..


      Cuba lah baca yun mu dan sheng mu kat atas..sampai hari ni berbelit lidah aku lagi lagi kalau menyebut u yang ada 2 titik atasnya tu. (muncung mulut bunyi menguak macam lembu dah..ha haa) 



Aku & Mandarin: Part 2

(Aku belajar Mandarin ialah untuk isi masa lapang dengan kata lain Bila Aku Boring.he hee..)

Sambung bahagian ke 2 aku jadi cikgu cina tak bertauliah ni..Aku nak ajar mengira. Jom mengira sama-sama.



hehe..pic aku ni sengetkan..saja nak sengetkan siapa yang membacanya. Selamat Mengira.


Aku & Mandarin : Part 1

Sedar tak sedar dah 5 bulan (40 jam) aku ambil kursus Mandarin, dah hampir tamat dan tak lama lagi aku kena masuk exam. Niat dihati belajar untuk mengukuhkan kedudukan diri sebab Mandarin ni antara bahasa penting kat Malaysia. Kalau nak g overseas macam ke negara jiran kita Singapore atau mungkin ke China, Mandarin diguna secara meluas.

Sebelum ni dah beberapa kali aku ke China dan Singapore, memang terasa sangat lah kita berada didunia asing. Kalau di Singapore masih OK sebab kita masih boleh bertutur dalam bahasa Malayu atau English. Tapi di China, kebanyakan penduduknya tidak pandai berbahasa English (bahasa insyarat jelah guna..hehehee).

Salah satu sebab yang buat aku ambil kursus Mandarin ialah peluang perkerjaan kat luar sana. Aku tengok kebanyakan tawaran kerja memerlukan kelebihan berbahasa Mandarin. Dimana-mana bidang pun kalau seseorang mempunyai kebolehan bertutur dalam Mandarin boleh dapat kelebihannya. 

Dalam dunia aku sekarang, kebanyakan pengguna atau petani dari bangsa Cina. Susah juga nak berkomunikasi sebab masih ramai orang cina diluar sana tidak fasih berbahasa melayu. Setiap kali mereka bertanyakan masalah mengenai produk atau kegunaannya, terpaksa lah aku menerangkan beberapa kali, nak cakap English pun payah sebab mereka tak faham.

Lagi satu sebab aku belajar Mandarin ialah untuk isi masa lapang dengan kata lain Bila Aku Boring.he hee..

Aku share sikit untuk entry kali ni yang aku rasa ramai orang tahu basic pengenalan diri.



Baca lah yang basic ni dulu, nanti aku sambung next entry.




Tuesday, 1 October 2013

Come Exercise Together

Jom sama sama ikut aku buat senaman di tempat kerja. Management aku wajibkan staff buat 2x sehari..hehe..siap bagi copy kat semua staff cara bersenam..





*Fuh!!!! lepas buat senaman kat atas rasa lega sangat..cuba laaa...






Thursday, 4 April 2013

Bila aku makan Dim Sum


Ha3..Cer tengok antara makanan kegemaran aku, Dim Sum. Kenyang macamana pun aku bole layan dimsum ni.

Gambar kat atas ni masa aku 'belasah' dimsum kat MEISAN SZECHUAN RESTAURANT, Quality Hotel, Shah Alam.

*Terima kasih pada man yang selalu bawa aku makan dimsum kat Concorde Hotel, Shah Alam.

Sesekali kalau aku turun kat area KL aku akan cari dimsum kat Restoran De templer, Taman Melati.

Aku kalau xcari dimsum kat kedai aku akan beli kat supermarket dan balik stim sendiri. Makan panas-panas memang layan.

Ni hah kawan2 aku yang layan dimsum gak..

So kawan-kawan kalau ade tempat makan dimsum yang best2 (halal) boleh la suggest kat aku. Tak puas lagi rasanya menikmati dimsum ni. Makanan 1 Mesia.

Wednesday, 20 March 2013

BILA AKU HILANG PUNCA...



Bila aku hilang punca aku akan muhasabah Diri dengan Ayat-ayat di bawah yang aku tak igat kat mana aku copy.

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha..

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.
Allah SWT sudah menghitung air matamu..

Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berjalan begitu saja.
Allah SWT sedang menunggu bersamamu..

Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..
Allah SWT sudah punya jawabannya..

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan.
Allah SWT dapat menenangkanmu..

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk bertanya khabar.
Allah SWT selalu berada disampingmu..

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang..
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak..

Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas.
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu..

Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan.
Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum..

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur.

Tuesday, 12 March 2013

Bila aku bengang kat opis

aku suke sangat2 keje aku skang..sangat suke dgn dunia aku..tapi ade 1 yg aku xsuke dan xkan suke iaitu bos aku..ha3..sori la rsa mcam nk kutuk bos aku plak tp bukan dalam perkataan, just picture dh ckup sbgai gambaran karektor bos aku yang selalu cakap org 'senile' pdahal dia yg 'senile'..

Ape korang fikir bila tengok picture kat atas ni?? pada pendapat akula orang yang sepatutnya bersara harusla bersara dan rehat kat umah bermain ngn anak cucu..aku risau je takut ada yang 'meninggal' dalam opis.. 

Ni aku nak update sikit, clik aku punya la bengang, sempat dia edit pic ni send kat clik-clik lain..
He3..memang takde keje kan..kalau dan bengang punya pasal...

Bila Aku Boring Di Opis

Ari2 kena keje klu keje xde org yang nk bg aku makan..he3..tp bla dah ari2 keje mengadap rutin yang sama, mestila boring..so bla boring aku suke buka mana2 blog lawak2 jenaka dan kdg buka fb bca post2 yang menarik tmasukla pic-pic yang lawak..cer tgok 1 pic kt bwah ni, aku suke betul, cute x??

     
gelak sorang2 aku tgok pic ni..