Setiap hari telefon pejabat aku berdering, panggilan daripada pengguna yang bertanya mengenai racun anai-anai. Di pasaran terdapat banyak produk untuk mengawal pembiakan anai-anai atau lebih tepat membunuh binatang ini.
Di sini aku share sejenis racun yang memang terkenal dan banyak diguna oleh pest control untuk membuat rawatan anai-anai di rumah kediaman atau bangunan pejabat. Yang pasti kos nya lebih murah berbanding racun yang lain.
Chlorpyrifos ialah racun serangga dari kumpulan ‘organophosphate’ dengan tindakan sentuhan dan keracunan perut yang selektif untuk membunuh anai-anai.
Biasanya terdapat 2 kepekatan racun jenis ini di pasaran iaitu 21.2% dan 38.7%.
Mari baca macamana nak guna.
Ini ialah kadar racun bagi Chlorpyrifos 21.2% EC.
KAWASAN
|
KADAR RACUN
|
CATATAN
|
10 LITER AIR
|
||
Tapak pembinaan
|
235 ml
|
Siram 4 liter bancuhan bagi setiap m2 pada
permukaan tanah sebelum ditutup dengan simen.
|
Bangunan lama dan baru
|
235 ml
|
Buat lubang suntikkan (13 mm diameter) 15 cm dari dinding
sepanjang dinding dengan jarak antara lubang (50 cm) dan suntikkan 3 liter
bancuhan ke dalam setiap lubang.
|
Seterusnya kadar racun bagi Chlorpyrifos 38.7%EC
KAWASAN
|
KADAR RACUN
|
CATATAN
|
10 LITER AIR
|
||
Tapak pembinaan
|
129 ml
|
Siram 5 liter bancuhan bagi setiap m2 pada
permukaan tanah sebelum ditutup dengan simen.
|
Bangunan lama dan baru
|
129 ml
|
Buat lubang suntikkan (13 mm diameter) 15 cm dari dinding
sepanjang dinding dengan jarak antara lubang (50 cm) dan suntikkan 5 liter
bancuhan ke dalam setiap lubang.
|
* EC tu nama formulasi produk, Emulsionable Concentrate.
Lakukan pemantauan setahun sekali dan ulang rawatan sekiranya tanda-tanda serangan kelihatan.
Nasihat penting bagi penguna, BACA LABEL SEBELUM GUNA.
Next entry, aku akan share racun lain untuk anai-anai.
No comments:
Post a Comment