Bila Aku Bercerita Kisah
Cinta..
Setelah 5 bulan aku hidup tanpa man, aku semakin mengerti
rupanya ada beza sakit hilang cinta akibat dikhianati dengan hilang cinta yang
dibawa mati. Kedua-duanya amat sakit, pedih di hati tak terluah namun rasa yang
dialami ada bedanya.
Aku pernah kehilangan cinta pertama
aku, yang aku sayang aku puja berbelas tahun lamanya (bodohkan aku), namun
jodoh itu tak berpihak pada aku, dia yang menurut perintah (ha..haa..) telah
membuat keputusan untuk memilih jodoh pilihan keluarganya yang baru 2 minggu
dia kenal dan 2 minggu kemudian mereka berkahwin.
Jodoh ni pelikkan (semua adalah atas
perancangan dan izin Allah), bercinta bertahun-tahun lamanya belum tentu
berjodoh, yang baru kenal kalau dah jodoh, sekelip mata jer orang bersanding
depan kita. Dunia aku kelam sekejap dan bertahun aku hidup melara. Melara bukan
sebab putus cinta tapi melara sebab si dia yang dah kahwin pun masih dok
kejar-kejar aku. Sudahnya yang dituduh pengacau umahtangga orang adalah aku. Tapi
tak apelah, masa dan keadaan akan buktikan siapa kejar siapa.
Bercakap pasal sakit hati bila cinta
dikhianati, hati memang sakit sangat. Masa mengubat segala tapi kalau selalu
depan mata lagi sakit kan. Orang bercerita tentang kebahagian dia, sedangkan si
dia siang malam pagi petang dok kejar aku dengan statement ‘b tak bahagia’.
Bila balik umah pijak semut pun tak mati depan isteri.
Dalam hati semua rasa cinta dah
bertukar benci. Hidup dalam dunia yang tak ada ‘privacy’. Kalau tak dilayan ada
yang jadi ‘pak guard’ depan umah aku. Kalau tak di rumah, jadi ‘pak pacak’
depan opis aku. Boleh dikata setiap masa aku nampak muka dia aku mengamuk,
kalau gila kat aku nape pergi kahwin dengan orang lain. Bila aku suruh buat
pilihan dia pilih aku. Pilih aku senang jer, lepaskan yang di sana. Boleh
katanya tapi dah bertahun rasanya melekat jer aku tengok. Dah kuar pun ‘ulat’
sekor.
Lelaki oh lelaki..kalau ada cinta baru
yang menyinggah tak sempat nak menyinggah lama-lama. Tak sampai sebulan dah
kena warning ngan si dia jangan kawan ngan aku lagi. Mana nak melekat bf2 aku.
Itula nasib aku sebelum aku mengenali
mamat yang bernama Man. Aku kenal man sebenarnya kat laman social gak. Rajin
mamat ni menegur dan lepas sebulan kami menyembang kat YM, dia datang jumpa aku
kat kampung yang masa tu kebetulan hari raya, 4 tahun lepas. 1st time jumpa
macam biasa la sembang-sembang kosong dan keesokkan harinya mamat tu cakap ‘ I
love u’. ha3..
Di
awal perkenalan, tidak pernah aku tahu bahawa insan yang sanggup meredah
kesesakan lalu lintas selama 5 jam (sepatutnya hanya sejam) di pagi hari raya
untuk berjumpa denganku menderita sakit yang tiada ubat tiada penawar. Insan
yang baru sebulan sedar dari lena yang panjang, 8 bulan hilang dari dunia, 8
bulan terbujur kaku di hospital. Insan yang menderita kecederaan dalaman yang
serius akibat kemalangan yang dirancang.
Saat
pertama kali bersua, aku tidak tahu bahawa dia jatuh cinta padaku tanpa
melihatku tanpa pernah berjumpa denganku. Hatiku yang pada ketika itu menangis
kerana cinta lama hanya mampu menerima kehadiran dia sebagai sahabat.
2
bulan berlalu kiriman sms dan email dari MAN ku jawab dengan hambar tanpa
memberi peluang pada dia untuk mengenali ku. Malah perkabaran pemergian
ayahandanya yang tercinta ke rahmatullah, aku sekadar membalasnya dengan ucapan
takziah. Itula perkara paling ku kesalkan hingga ke hari ini.
Sebenarnya pantang bagi aku orang cakap
macam tu bila sekali jer jumpa. Dengan hormatnya aku me’reject’ man. Maaf ler
kita kawan jerla, kalau berjodoh nanti kita tak tau. ‘Kalau dah tertulis jodoh,
sehari pun saya kawen dengan awk’. Itu janji aku pada Man dulu walaupun aku
sendiri tak pasti kenapa aku boleh janji macam tu.
MAN&MINA
No comments:
Post a Comment