Teman2 se'vacation' |
Jom fly bersama AirAsia..ha3 |
Airasia membawa ku terbang ke destinasi yang telah aku dan kawan2 booked 3bulan sebelumnya, Kota Kinabalu. Sudah lama aku berniat nk ke Cameron Highlands of Borneo iaitu Kundasang.
Awal pagi kami menjejaki kaki ku di airport k.kinabalu, driver penduduk tempatan yang telah kami bayar utk membawa kami ke mana-mana selama 4 hari sudahpun menunggu ketibaan kami. kami membayar sewa kenderaan bersama pemandu selama 4 hari adalah rm1000. Kami terus memulakan perjalanan menuju ke Kundasang.
Rumah Terbalik |
Di dalam perjalanan, kami telah singgah di Rumah Terbalik. Salah satu tempat tumpuan pelancong. Di sini perabot , hiasan dalaman dan luar rumah, semuanya di susun dalam keadaan terbalik. Agak aneh, kami fikirkan rumah ini dibina berdasarkan cerita dongeng tetapi ia adalah kekretifan penduduk di sana untuk menarik perhatian pelancong.
Jambatan Gantung Tamparuli (ada lobong daa...) |
Aku tgal kt homestay ni laa.. |
Permandangan indah depan homestay yang aku tinggal |
Wah! cantik betul tempat ni.sekali tengok macam Cameron Highlands pun ade. Kawasan sejuk dengan kawasan pertanian di lereng-lereng bukit. Nyaman sekali.
Tanpa sedar hari dah gelap, 5.30 dah sama macam waktu magrib kt semenanjung, samar-samar tapi tiada mentari. Malam p1 di Kundasang kami lena kepenatan dalam dingin yang mengcengkam.
Ari ke-2...13 January 2013
Pagi-pagi 5.30 dah bangun subuh, lepas solat kuar ke beranda untuk ambik angin..wahhhhhh.. tak sangka didepan mata tersergam indah gunung Kinabalu, cantik namun hanya dapat ditatapi buat seketika, Puncak Kinabalu hilang diselimuti kabus pada jam 9.30 pagi.
Tengok keli pun join... |
Kaki pancing mesti geram tgk ni. |
Lepas penat main ikan kt spa kelah, pemandu kami bawa kami melawat ladang teh plak, ladang Teh Kemusu. Cantik macam ladang teh kat Cameron Highlands.Kami pergi untuk pose je kat ladang teh sebenarnya..he3
Rest..penatttt...... |
Gayat wehhhhh... |
Itula destinasi terakhir aku pada hari k2 di Sabah, negeri di bawah bayu sebelum pulang berehat..tapi sebelum tu kami sempat singgah kat pasar Ranau, he3..shopping buah2an hutan yg jarang kita dapat di semenanjung..aku makan buah2an sampai boleh kena diabetes rasanya.
Durian Kura-kura |
Ari ke3...14 January 2013
Pagi2 lagi aku terbangun dikejutkan oleh roomate aku yang bangun solat subuh pukul 2 pagi..ha3. sempat lagi dia buat lawak. Aku ingatkn dia bangun utk tengok cahaya lampu pendaki2 yang mendaki gunung kinabalu sebab biasenya pendaki akan mendaki pd waktu malam utk pastikan pd waktu subuh mereka sudah berada disana.
Walaupun pic ni tak jelas tapi pemandangan masih jelas di mata aku |
Sedih rasanya hati nak tinggalkan Kinabalu, tapi apakan daya kaki terpaksa melangkah pulang. Kami tuju bandar KK untuk nikmati malam terakhir di Negeri Dibawah Bayu.
Dalam perjalanan ke bandar KK kami sempat singgah di kaki gunung Kinabalu untuk pose amik pic..kalau nak mendaki rasanya tak sampai rasanya. Awal-awal dah pancit walaupun 'sparetyre' aku stok banyak.
Turun dari Kundasang kami sempat singah shopping beli cenderamata kat pekan Nabalu, banyak gak la note biru keluar melayang-layang dari poket aku.
Tiba di bandar KK kami tuju Tanjung Aru untuk sesi makan tengahari. Kami pesan makanan panas ala Thai. Rasa makanan berbeza la sikit walaupun ala Thai, dah tukar jadi ala Sabahan. Di Tanjung Aru macam biase la sempat lagi kami pose.
Selepas mengisi perut kami bergerak ke destinasi untuk merehatkan diri pada malam terakhir di sini, Marina Court. Belum sempat nak berekat kat apt., kami dah gerak menuju ke Pasar Philiphine, dalam 200m dari apt kami. Apa lagi shoppinggggg..melayang lagi 2 3 keping note purple dari poket aku beli pearl, gelang dan keronsang. Boleh kata beli cenderahati untuk sekampung tapi sebenarnya untuk kegunaan aku je. Punya lah syok shopping sampai aku tak sempat nak amik pic.
Murah2 makanan kt sini.. |
Jemput makan |
Selepas makan kami balik menapak ke apt. untuk menikmati malam terakhir kami...
Ari ke4...15 January 2013
Hari terakhir di KK, dah nak balik rupanya. Dalam perjalanan ke airport kami sempat singah di Kampung Air, tak sampai hati tengok kehidupan orang di sana. Hanya penduduk di situ yang mengerti kehidupan mereka.
Sampai masanya untuk aku kembali ke Semenanjung. Adakah kami akan merindui Kinabalu, rasanya aku pasti akan kembali, aku pasti akan rindukan Kundasang macam aku rindukan Labuan..bye3 KK.
No comments:
Post a Comment