Showing posts with label My Vacation. Show all posts
Showing posts with label My Vacation. Show all posts

Thursday, 28 November 2013

Journey to South 3 - Port Dickson, N9

May 03, 2013.

Rupa-rupanya perjalanan kami tak berakhir di Melaka. Dalam perjalanan balik ke pulau, kami menyinggah ke PD. Pantai di PD dah biasa sangat maka kami cari kawasan baru yang belum pernah kami jelajah kat PD.

Akhirnya kami temui satu tempat, Pulau Burung. 

Daratan dari Pulau Burung
Jambatan ke Pulau Burung











Cantik pemandangan sekitar kawasan Pulau Burung ni, macam-macam info ada disediakan oleh MPPD.
Sejarah Pulau Burung











Jom tengok gambar sesi mejelajah Pulau Burung.
Ada laluan pejalan kaki
Ada tempat rehat
Senja di Pulau Burung
Malam sudah.. kami tak berhasrat untuk balik ke pulau, kami tuju hotel berdekatan, Corus Hotel. Kami pernah mendiami Corus Hotel di KL, hotelnya agak bagus. Jadi kami tak teragak-agak untuk pilih hotel ni version PD lak.

Corus Hotel
Belakang Hotel
pandangan belakang hotel dari bilik
Cantik sangat permandangan di belakang Hotel Corus ni. Pihak hotel juga ada menyediakan banyak kemudahan untuk tetamu hotel untuk beriadah kat belakang hotel. Aku pun sempat melayan game yg mereka sediakan.

promosi..heheee
paintball
Achery..lepas gian













Pihak hotel juga ada sediakan tempat karaoke yang dibina bersebelahan Hotel. Tetamu boleh test suara disana dengan harga discount, tak ketinggalan juga aku.

May 04, 2013.

Bumi PD kami tinggalkan. Kami tuju pulau untuk balik ke kediamanku. Itulah hari terakhir aku jumpa man sebelum dia lost. Memory bersama man segar di ingatan. Moga Allah beri kesempatan untuk aku menghabiskan masa bersama man lagi.

Journey to South 2..Melaka

Dah lama tertangguh cerita ni sejak man lost..

April 30, 2013


Seperti yang aku cerita sebelum ini, percutian aku kali ini tidak dirancang. Atas faktor kesihatan, Man yang baru tiba dari Bumi Kenyalang mencadangkan aku datang ke Melaka untuk berjumpa dengannya. Laju je aku berkejar ke stesen bas Shah Alam, seksyen 17, tuk cari tiket bas ke Melaka, 8.30 malam ngam2 aku sampai, trip bas transnasional yang terakhir. 

Aku sampai Toll Air Keroh lebih kurang 2 jam kemudian dan man dah tunggu aku kat sana. Mamat tu dah 'booked' hotel untuk aku, Puteri Resort. Disebabkan dah malam tak sempat dah aku nak posing bagai.


May 01, 2013. 

Keesokan harinya kami tuju pusat bandar Melaka, percutian yang tak dirancang, main redah jelah, musim pru13 lak tu. Kami pilih untuk tinggal di Mahkota Hotel, ala ala apartment. Semua kemudahan lengkap dengan dapur dan ruang tamu yang selesa. Cantik pemandangan kat hotel ni.


belakang hotel ngadap laut
depan hotel ngadap Dataran Pahlawan












Aku dah lama sebenarnya tak turun Melaka sejak 2005. Banyak sangat perubahan kat bandar ni. Aku habiskan masa seharian marayau kat Dataran Pahlawan bersama Man. Shopping, games, movies dan tempat makan, semua boleh dapat kat sini. Mamat tu walaupun tak sihat masih rajin melayan aku buat aktiviti yg aku suka, shopping. 

Selendang baru beli..hak3
Semasa merayau kat Dataran Pahlawan mall, kami terjumpa kedai Archery. Man ajak main, pertama kali aku pegang busur tu. Layan jelah, habis menyimpang semua anak panah.





Hari pertama kat Melaka berakhir macam tu jer. Seronok merayau kat Dataran Pahlawan, macam-macam ada. Disebabkan ini percutian yang tak dirancang, kami tambah semalam lagi penginapan di Mahkota Hotel.
May 02, 2013


Hari ni aku buka mata, baru aku perasan ada sesuatu yang menarik berhadapan hotel, walaupun agak jauh tapi jelas dimata. Depan aku ada satu bukit yg menempatkan kota A Famosa. wah..kena pergi ni.

Sah-sah aku pergi, arah jer driver aku masuk ke Bandar Hilir, park kereta dan kami jalan jalan sekitar kota A Famosa.


selamat mendaki
boleh tahan tinggi bukit ni









dalam st. paul
permandangan dr bukit st. paul..
di A Famosa
A famosa
melepaskan lelah ngan air mineral rm2 botol kecik



 















Seharian merayau kat bandar Hilir memang dengan memenatkan. Kami meninggalkan Melaka setelah melepaskan lelah dalam kereta .. Nak balik pulau terus ke ni...

Wednesday, 27 November 2013

Journey to Bali

Cerita lama ni, terasa nak berkongsi jer.. 4day3nite percutian aku di Bali, ditaja sepenuhnya oleh company aku. Ingat-ingat lupa dah percutian ni tapi bila tengok gambar-gambar lama, keindahan Bali terbayang dimata.


01 May 2008, kaki aku menjejaki tanah Bali. Aku selamat tiba di lapangan terbang 'Bali Ngurah Rai International Airport' atau dikenali juga sebagai Denpasar International Aiport. Jejak jer kaki dah ada orang kalungkan bunga kat leher..aku pakai kalung sampai ke hotel.
aku&click
Di Bali kami menginap di hotel Bali Garden Hotel, Kuta. Cantik sangat pemandangan belakang hotel ni yang mengadap laut.

Aku ceduk dr google pic..
depan hotel
belakang hotel











Destinasi hari pertama di bumi Bali, aku dibawa ke Uluwatu Temple, salah satu tempat suci di sana.  Pelancong diwajibkan pakai tali kuning yg diikat pada pingang bagi menhormati kawasan ibadat tu. Aku tak snap gambar temple ni, aku lebih suka kawasan belakang temple ni, dimana temple ni dibina di tebing laut yang curam, kira-kira 70 meter.


tengah ikat tali azimat kat pingang

Besar juga kawasan temple ni, menyusuri tebing laut memenatkan tapi berbaloi. Cantik sangat, cuma masa kami berada kat sana hujan renyai-renyai, gambar pun gelap semacam. Masa kami merayau tu, ada upacara keagamaan diadakan disana, macam aktiviti wajib je aku tengok, aku tak snap gambar pun, macam memuja semacam jer.







makan time...
Perjalanan hari pertama kami berakhir dengan makan malam kat sebuah restoran muslim ditepi pantai. Lupa lak nama restoran tu. Lepas membelasah bbq seafood, kami merayau dekat shopping mall bersebelahan hotel, Discovery Shopping Mall. Belakang mall pun ngadap laut, memang cantik.


Hari ke2, pagi-pagi lagi kami telah dihidangkan dengan pertunjukan Teater Rakyat Bali (Nong Nong kling). Aku rasa semua pelancong macam diwajibkan tengok teater ni. Layan jelah walaupun tak faham apa mereka cakapkan.  

Perjalanan kami seterusnya menuju ke Kintamani untuk tengok gunung berapi, Gunung Batur, sekaligus makan tengahari kat sana. Sebelum tu kami dibawa shoppind dulu, agak mahal tapi aku sempat beli kain batik yang aku pakai dalam gambar dibawah ni. Lepas beli terus pakai.


Gunung Batur
Danau Batur

Cantik betul kawasan Kintamani, kawasan tanah tinggi yang mengadap gunung dan tasik. Mabuk juga aku bila bas kami melalui lereng-lereng kawasan pergunungan ni.




Penduduk tempatan bercerita kononnya diseberang tasik adalah kawasan perkuburan orang lama dimana mayat dibiarkan di tanah di bawah pokok rendang. Itu cara mereka menguruskan mayat. Sejauh mana kebenarannya, aku pun tak pasti, tak ingin aku nak gi tengok kuburan macam tu.


Singgah lepak jelah..

Kemudiannya kami dibawa shopping dan pergi ke kawasan pemprosesan Kopi Luwak atau kopi tahi musang di Tebasari, kopi yang terkenal dibali dihasilkan dari pencernaan musang. Mahal betul harga kopinya, nak minum pun aku tak sanggup walaupun orang cakap itu kopi no 1 tersedap didunia. hehehheh.



macam pandu sendiri jer




Pada waktu malamnya, kami dibawa ke planet Hollywood Bali sebelum dinner di satu restoran chinese Muslim. 

"  Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan"..hehe kemudiannya kami merayau sekitar Kuta dengan menaiki kereta kuda. Pengalaman pertama aku. best jugak, seratus ribu sekali naik.




Perjalanan hari ke3 diteruskan pula menuju ke Beratan Lake, Bedugul untuk makan tengahari disana sebelum kami dibawa ke Tanjung Benoa. 



Beratan Lake, Bedugul
Tanjung Benoa
mak penyu
clik aku yg ketakutan..heheh
Dari Tanjung Benoa, kami dibawa merentasi laut menuju ke Pulau Penyu (Turtle Island). Ini kali pertama aku naik bot. Best juga aktiviti kat sana selain tengok santuary penyu. Aku boleh pegang helang, kelawar dan ular. hehhee..
boleh makan tak ni..he hee
panas weh
Bersama tour guide

Pada waktu petang pula kami dibawa ke Tanah Lot untuk shopping dan tengok matahari terbenam. Cantik tul tanah lot. Banyak juta jugak aku habiskan ongkos aku shopping kat sini. 



Setelah kering poket aku termasuk berhutang ngan clik untuk shopping, kami balik ke hotel untuk berehat. Esoknya bumi bali akan kami tinggalkan. 

Hari ke4 tengahari, setelah berposing sakan kat hotel kami terbang pulang ke Malaysia. Best juga bercuti kat Bali. Untuk pergi kali ke2 mungkin boleh difikirkan.hehehe





Thursday, 6 June 2013

Journey to South - Bila MAN tiada..

27 Rejab, genap 27 hari hidupku tanpa Man..cepat benar masa berlalu walaupun aku rasakan setiap saat dalam hidupku berlalu dengan hari yang panjang.

Masih terasa keseronokan merayau bersama Man. Teringat pesanan terakhir dia, ini mungkin pertemuan dan perjalanan terakhir kami. Benar katanya, 10 May 2012, malam 1 Rejab Man kena serangan sakitnya. Tidak pernah aku lihat Man sederita itu menangung sakit yang amat sangat. Man tidak sedarkan diri dan koma selama 3 hari. Dan apabila dia sedar, dunia dia kelam. Man lupa segalanya, Man lupa siapa aku, malah Man lupa siapa namanya.

Kesan keracunan darah Man mungkin sudah menyerang saraf dan fungsi otak Man. Sedih sangat bila aku tak boleh terbang melawat Man. Aku tak berpeluang untuk menjaga Man. Man jauh di sana, di daerah asing yang aku tahu di mana, tapi tak diizinkan Allah untuk pergi.

Disaat aku kehilangan Man, Allah duga aku lagi sebenarnya. Sebelum Man tidak sedarkan diri, aku dapat perkabaran dari jauh, dari Ukraine, bahawa adik kesayangan aku di Ireland telah pergi mengadap yang 1, Allah lebih sayangkan dia. Khabar yang ku anggap hanya gurauan tapi masa membuktikan adikku telah pergi.

10 May 2013, aku kehilangan Reen, aku hilang Man. 2 insan yang amat ku sayang.

Sebaik sahaja aku mendapat perkhabaran Reen telah pergi, aku mencari kekuatan untuk bagitau man. Man menyambut panggilanku dengan suara yang tersekat-sekat akibat sesak nafas. Hatiku tidak kuat untuk memberitahu bad news. Berkali-kali aku cal untuk cuba khabarkan pada Man, berkali-kali juga aku gagal.

Aku kemudiannya menerima mesej terakhir dari Man, 'Maaf la selepas ini abang mungkin lambat reply mesej'. Betul kata Man, Man tak mesej-mesej lagi aku sampai sekarang. Man dah lupa siapa aku. Man hidup dalam dunia dia, dunia 0 tanpa ingatan pada apa-apa pun. Man seolah lahir sebagai bayi yang orang cakap diibaratkan bagai kain putih. 0 tanpa corak dan warna kehidupan.

Apa yang amat ku kesalkan, aku tak sempat khabarkan pada Man tentang pemergian adik kesayangan kami yang pergi membawa cintanya sampai mati hanya untuk Man.

Dalam tempuh ini, sahabat Man juga mengesahkan seorang lagi adikku telah pergi, di Syria. Berat sungguh dugaanMu ya Allah. Kalaupun Man mengingati segalanya, mampukah Man hadapi kenyataan bahawa seorang demi seorang orang kesayangan pergi dahulu sebelumnya. Ada rahmat rupanya Allah mengambil ingatan Man darinya.

Kini, hidupku tanpa arah, pincang tanpa Man. Teringat aku pada ayat man petikan dari lagu wali band, harga diri..'aku tak mampu melangkah tanpamu'. Terasa sangat bila tiada Man disisi. Dalam sendu ade senyum, kenangan bersama man bermain di mata. Aku hidup dalam kenangan bersama Man.

Untuk Allahyarhamah Azreen Zulaika&Syamsul Bahari, akak sayang sangat kat reen dan syam. Moga roh reen&syam dicucuri Rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Walau di mana pun pusara reen&syam, moga rahmat Allah tak terhingga pada kalian.

Doa untuk Man, moga Man kembali mengingati suatu hari nanti. Kalau belum ajal, moga Allah panjangkan usia Man dan beri kami peluang untuk bersama lagi.


Saturday, 4 May 2013

Journey to South...jalan-jalan pru ke 13

Pru13 sudah pun berlangsung, aku bukan fanatik sangat mana mana parti politik, dikiri tidak di kanan tidak. bagi aku dimana disitu aku berpijak disitu langit dijunjung. Walaubagaimanapun aku sendiri boleh menilai mana yang baik mana yang buruk. Malaysia sudah memilih pemimpin, apapun pilhan rakyat Malaysia, moga kita sebagai rakyat dapat hak kita. Bak kata slogan parti pemerintah 'Janji Ditepati'.

Sepanjang musim kempen pru13 berlangsung, aku mengambil kesempatan untuk short vacation, pergi ke melaka dan 'nogori sombilan' menikmati jalan-jalan pru13, banyak bendera parti berkibar dimana-mana, kempen pilihanraya yang sedang berlangsung sengit. Di kawasan biru penuh dengan penimbang, di mana hijau kuat di situ penuh dengan bulan yang mengambang penuh, ada roket ada mata.


Aku nak 'snap' gambar-gambar menarik pun susah nak cari sudut yang sesuai, di mana-mana ada poster-poster bakal-bakal pemimpin dilekatkan dan bendera parti-parti yang bertanding berkibar.

Tapi bukan itu matlamat asal aku, percutian yang tak terancang sebenarnya. Bukan tujuan aku untuk melihat kemeriahan orang-orang berkempen. Bila namaku tidak tercalon didalam senarai rakyat yang boleh mengundi, hatiku sudah tawar. Nak balik kampung malas, melepak di rumah jela pilihan yang aku ada.

Namun kepulangan MAN dari Bumi Kenyalang tepat pada masanya. Jom jalan-jalan katanya. Oleh itu tanpa membuang masa aku terus memohon cuti dan mulakan misi merayau bersama MAN. 4D4N merayau menikmati keindahan alam ciptaan tuhan dan juga panorama ciptaan manusia.

Pemandangan PD dari Pulau Burung
Perjalanan kali ini tidak disibukkan dengan kesesakan lalu lintas dan segala benda. Hotel pun tidak penuh dengan pelancong tempatan seperti aku. Masing-masing sibuk berkempen lupa makan minum dan tidur.

Bandar Hilir
Clear traffic
Sekian dulu, aku akan sambung 'Journey to South' dalam post akan datang.