Inilah pertama kali aku menjejakkan kami ke luar negara atas urusan kerja. Kebetulan itulah juga kali pertama syarikat yang bayar gaji aku tiap2 bulan menyertai exhibition agro yang boleh dikata antara yang terbesar di dunia; China International Agrochemical & Crop Protection Exhibition for Agriculture & Animal Husbandry bertempat di Everbright Convention & Exhibition Centre, Shanghai.
ini la tempatnya |
Ni la keje aku..ha3 |
Keje aku kat sana nampak mudah walaupun tak mudah. Aku mana penah buat keje-keje promosi produk macam orang marketing sebab aku bukan dalam bidang tu.
Tebal jugak la muka aku. Tapi disebabkan keje-keje aku yang memerlukan pembekal-pembekal baru bagi produk-produk baru untuk syarikat aku, maka aku kena belajar.
Lupa nak citer sebenarnya hari pertama menjejakkan kaki kat sana lagi aku dah shopping. Team aku sempat pergi ke Nanjing Road dan abiskan duit poket awal-awal lagi. Di sini aku share sebahagian pic kat Nanjing Road.
Cer tengok pic kat atas ni, nila buah2an yang disaluti ngan gula dan jagung warna hitam. Aku selalu tengok kalau drama-drama atau filem citer cina zaman dulu-dulu mesti budak-budak atau masa couple dok dating tu diaorang makan gula-gula ni.Aku sempat beli satu konon nak rasa, manis sgt.
Kat China ni macam-macam ada dan negara ini memang terkenal dengan makanan pelik-pelik serta eksotik.
Masa kat China nila jugak sarapan pagi aku setiap hari dihidangkan dengan telur sintetik. Rupa telur sintetik lebih kurang sama dengan rupa telur ayam asli cuma putih telur terdapat banyak lapisan, ia tak selicin secantik telur ayam yang Allah buat. Aku share pic telur sintetik yang aku dapat dari salah satu blog, blogpejantantanggung.blogspot.com/.../t... - Indonesia
Sambung semula pada citer aku yang merayau kat Nanjing Road, cantikkan bangunan2 dalam pic di atas ni. Aku suka tgok ala2 istana zaman silam ape..
KFC dan PizzaHut pun ada tapi aku tak berani nak makan sebab tak jamin Halalnya cuma masa kat Nanjing Road aku ter'belasah' burger ikan McD. KFC kat sini ade roasted chicken, menarik..kat Malaysia takde la plakkan..
Setakat ni dulu aku share untuk pengalaman aku kat Shanghai, inshaaAllah laun tahun kalau aku kembali lagi ke sini aku akan share lagi pic-pic menarik (bagi aku la...).
No comments:
Post a Comment