01 May 2008, kaki aku menjejaki tanah Bali. Aku selamat tiba di lapangan terbang 'Bali Ngurah Rai International Airport' atau dikenali juga sebagai Denpasar International Aiport. Jejak jer kaki dah ada orang kalungkan bunga kat leher..aku pakai kalung sampai ke hotel.
aku&click |
Aku ceduk dr google pic.. |
depan hotel |
belakang hotel |
Destinasi hari pertama di bumi Bali, aku dibawa ke Uluwatu Temple, salah satu tempat suci di sana. Pelancong diwajibkan pakai tali kuning yg diikat pada pingang bagi menhormati kawasan ibadat tu. Aku tak snap gambar temple ni, aku lebih suka kawasan belakang temple ni, dimana temple ni dibina di tebing laut yang curam, kira-kira 70 meter.
tengah ikat tali azimat kat pingang |
Besar juga kawasan temple ni, menyusuri tebing laut memenatkan tapi berbaloi. Cantik sangat, cuma masa kami berada kat sana hujan renyai-renyai, gambar pun gelap semacam. Masa kami merayau tu, ada upacara keagamaan diadakan disana, macam aktiviti wajib je aku tengok, aku tak snap gambar pun, macam memuja semacam jer.
makan time... |
Hari ke2, pagi-pagi lagi kami telah dihidangkan dengan pertunjukan Teater Rakyat Bali (Nong Nong kling). Aku rasa semua pelancong macam diwajibkan tengok teater ni. Layan jelah walaupun tak faham apa mereka cakapkan.
Perjalanan kami seterusnya menuju ke Kintamani untuk tengok gunung berapi, Gunung Batur, sekaligus makan tengahari kat sana. Sebelum tu kami dibawa shoppind dulu, agak mahal tapi aku sempat beli kain batik yang aku pakai dalam gambar dibawah ni. Lepas beli terus pakai.
Gunung Batur |
Danau Batur |
Cantik betul kawasan Kintamani, kawasan tanah tinggi yang mengadap gunung dan tasik. Mabuk juga aku bila bas kami melalui lereng-lereng kawasan pergunungan ni.
Penduduk tempatan bercerita kononnya diseberang tasik adalah kawasan perkuburan orang lama dimana mayat dibiarkan di tanah di bawah pokok rendang. Itu cara mereka menguruskan mayat. Sejauh mana kebenarannya, aku pun tak pasti, tak ingin aku nak gi tengok kuburan macam tu.
Singgah lepak jelah.. |
Kemudiannya kami dibawa shopping dan pergi ke kawasan pemprosesan Kopi Luwak atau kopi tahi musang di Tebasari, kopi yang terkenal dibali dihasilkan dari pencernaan musang. Mahal betul harga kopinya, nak minum pun aku tak sanggup walaupun orang cakap itu kopi no 1 tersedap didunia. hehehheh.
macam pandu sendiri jer |
Pada waktu malamnya, kami dibawa ke planet Hollywood Bali sebelum dinner di satu restoran chinese Muslim.
" Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan"..hehe kemudiannya kami merayau sekitar Kuta dengan menaiki kereta kuda. Pengalaman pertama aku. best jugak, seratus ribu sekali naik.
Perjalanan hari ke3 diteruskan pula menuju ke Beratan Lake, Bedugul untuk makan tengahari disana sebelum kami dibawa ke Tanjung Benoa.
Beratan Lake, Bedugul |
Tanjung Benoa |
mak penyu |
clik aku yg ketakutan..heheh |
boleh makan tak ni..he hee |
panas weh |
Bersama tour guide |
Pada waktu petang pula kami dibawa ke Tanah Lot untuk shopping dan tengok matahari terbenam. Cantik tul tanah lot. Banyak juta jugak aku habiskan ongkos aku shopping kat sini.
Setelah kering poket aku termasuk berhutang ngan clik untuk shopping, kami balik ke hotel untuk berehat. Esoknya bumi bali akan kami tinggalkan.
Hari ke4 tengahari, setelah berposing sakan kat hotel kami terbang pulang ke Malaysia. Best juga bercuti kat Bali. Untuk pergi kali ke2 mungkin boleh difikirkan.hehehe
No comments:
Post a Comment