April 30, 2013
Seperti yang aku cerita sebelum ini, percutian aku kali ini tidak dirancang. Atas faktor kesihatan, Man yang baru tiba dari Bumi Kenyalang mencadangkan aku datang ke Melaka untuk berjumpa dengannya. Laju je aku berkejar ke stesen bas Shah Alam, seksyen 17, tuk cari tiket bas ke Melaka, 8.30 malam ngam2 aku sampai, trip bas transnasional yang terakhir.
Aku sampai Toll Air Keroh lebih kurang 2 jam kemudian dan man dah tunggu aku kat sana. Mamat tu dah 'booked' hotel untuk aku, Puteri Resort. Disebabkan dah malam tak sempat dah aku nak posing bagai.
May 01, 2013.
Keesokan harinya kami tuju pusat bandar Melaka, percutian yang tak dirancang, main redah jelah, musim pru13 lak tu. Kami pilih untuk tinggal di Mahkota Hotel, ala ala apartment. Semua kemudahan lengkap dengan dapur dan ruang tamu yang selesa. Cantik pemandangan kat hotel ni.
belakang hotel ngadap laut |
depan hotel ngadap Dataran Pahlawan |
Aku dah lama sebenarnya tak turun Melaka sejak 2005. Banyak sangat perubahan kat bandar ni. Aku habiskan masa seharian marayau kat Dataran Pahlawan bersama Man. Shopping, games, movies dan tempat makan, semua boleh dapat kat sini. Mamat tu walaupun tak sihat masih rajin melayan aku buat aktiviti yg aku suka, shopping.
Selendang baru beli..hak3 |
Hari pertama kat Melaka berakhir macam tu jer. Seronok merayau kat Dataran Pahlawan, macam-macam ada. Disebabkan ini percutian yang tak dirancang, kami tambah semalam lagi penginapan di Mahkota Hotel.
May 02, 2013
Sah-sah aku pergi, arah jer driver aku masuk ke Bandar Hilir, park kereta dan kami jalan jalan sekitar kota A Famosa.
selamat mendaki |
boleh tahan tinggi bukit ni |
dalam st. paul |
permandangan dr bukit st. paul.. |
di A Famosa |
A famosa |
melepaskan lelah ngan air mineral rm2 botol kecik |
Seharian merayau kat bandar Hilir memang dengan memenatkan. Kami meninggalkan Melaka setelah melepaskan lelah dalam kereta .. Nak balik pulau terus ke ni...
menarik blog ni, banyak bercerita pasal racun yg mana jarang orang buat di alam maya ni, good job, teruskan menulis, banyak info yang orang tak tahu tentang racun, menarik content dia,
ReplyDeletetq, insyaAllah ada kelapangan sy huraikan dgn lebih detail mengenai racun..
ReplyDelete