Monday 23 April 2012

Aku Dan Sinus

Sinus, tak ramai orang tau mengenainya. Biasanya dikalangan masyarakat melayu kita sinus dikenali sebagai resdung. Aku tidak mempunyai sejarah resdung malah tidak pernah menduga aku akan mengalami masalah ini.

Awal march 2012, aku telah melawat Shanghai yang pada ketika itu masih musim dingin hingga mencecah 4°C. Terlalu sejuk untuk orang melayu seperti aku. Seminggu disana telah membuat aku dijangkiti demam selsema yang berpanjangan sehingga aku kembali ke malaysia. Siapa duga itu permulaan kepada masalah sinus aku.

Selepas lebih sebulan aku demam selsema dengan batuk yang berlarutan, atas nasihat teman baikku, aku mendapatkan rawatan dari Hospital Pantai Klang. Hasil pemeriksaan dan keputusan x-ray mendapati terdapat polyps di pipi kiriku. Dan bermula la sejarah dalam hidup aku dimana aku dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan rapi.

Kos rawatan di hospital swasta biasala mesti mencecah angka ribuan ringgit. Nasib baik ada insuran cover bolehla aku mendapatkan rawatan. 

Pada awalnya doktor mengatakan aku hanya perlu jalani rawatan suntikan antibiotik untuk menghilangkan polyps selama 2 atau 3 hari, aku bersetuju. Maka masukla aku ke hospital dengan penuh semangat. Aku nyatakan pada kawan-kawan pejabat aku bercuti selama 3 hari.

Hari pertama di hospital aku diberi rawatan suntikan antibiotik. sejarah dalam hidup aku bila tangan aku dipasang jarum. Aku tidak pernah masuk wad selama ini melainkan melawat orang sakit. Sakit rupanya apabila tangan ditembusi jarum. Suntikan pertama antibiotik buat aku lena pada malam pertamaku di wad, bilik A29.

Hari ke 2 bermula dengan keputusan scan kepala aku yang telah dianalisa oleh doktor pakar ENT, doktor Raj. Polpys yang terhasil dari pengumpulan kahak dan nanah yang terperangkap dalam rongga pipi kiri aku adalah punca sakit kepala yang menyerang aku selama ini. Nasib baik ia belum menyerang tulang pipiku, jika itu berlaku mungkin aku ......

Doktor telah mengesyorkan aku untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan polyps tersebut melalui rongga semulajadi di dalam hidung. Terdiam sejenak aku, berfikir. Aku mendengar mitos sesiapa yang menjalani pembedahan sinus akan kehilangan deria bau. Segera ku ajukan pertanyaan pada doktor tentang kemuskilanku. Namun doktor telah menyakinkan aku bahawa pembedahan itu tidak akan menjejaskan deria bau ku.

Aku telah diarahkan berpuasa bermula jam 12 malam sebelum menjalani pembedahan keesokan harinya.

Hari ke3 aku dikejutkan oleh doktor Raj yang mengejutkan aku supaya bersedia untuk menjalani pembedahan. Aku diarahkan mengenakan baju hospital yang seksi. Alamak malunya aku. Misi telah mengingatkan aku bahawa didalam bilik bedah nanti semuanya akan dibuka. Malunya. Tertanya-tanya kenapa perlunya dibuka semua. Namun apa daya berserah ajela.

Sebelum aku dihantar ke bilik bedah aku telah disuntik dengan ubat penenang. Alhamdulillah memang tiada debar dihati walaupun ini kali pertama aku menjalani pembedahan. Rasa macam olok-olok jer bagi aku. 

 9.00 pagi, aku disorong ke bilik bedah dalam keadaan waras. Malu rasanya disorong dalam keadaan begitu, rasa seolah-olah satu dunia merenung aku bila aku melintasi beberapa pelawat.

Akhirnya aku sampai di bilik bedah, Operation Room 1. Badan aku dipindahkan ke atas katil bedah dengan kepala mendongak ke arah lampu. Apabila bius oksigen dilekapkan pada hidungku maka kelam la dunia. 

Arghhhh..tolong..i need some water..itula ayat pertama yang aku tuturkan apabila aku terjaga. Tekakku sungguh kering dan dahaga. Idungku telah disumbat dressing dan dibalut. Aku terpaksa bernafas mengunakan mulut yang dalam masa yang sama penuh dengan bendalir darah.

Aku hanya mampu meronta menahan pedih kerongkong dan kesukaran untukku bernafas. Tekakku terlau kering dan terasa rongga mulutku terlalu sempit. Permintaan ku untuk mendapatkan sedikit air hanya dibalas dengan beberapa titis air tidak cukup untuk aku membasahkan tekakku. Paramedik bimbang aku akan muntah jika diberi banyak air. Ku toleh kiri kanan, jam menunjukkan jam 12.30. Lama juga aku tidak sedarkan diri. Seketika duniaku kembali kelam.

Aku disorong kembali ke wad A29 dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Jam 3 ptg aku sedar kembali dalam keadaan mamai dengan darah meleleh keluar dari hidungku. Sukarnya aku ingin bernafas dalam keadaan ini. Tekak mula meminta air. Ku gagahkan tangan untuk mencapai air mineral di meja berhampiran katil. Air yang mengalir membasahi tekak ku yang kering meninggalkan rasa perit. Itula kesan gas yang dialirkan masuk untuk membantu pernafasan aku semasa pembedahan. 

Sejam kemudian doktor Raj hadir untuk memantau keadaanku. Alhamdulillah semua polyps telah berjaya dikeluarkan. Aku diarahkan untuk minum dan makan. Bagaimana untuk kelakukannya sedangkan aku bernafas mengunakan mulut. Ku telan makanan pertamaku hari itu roti bersama air milo dengan penuh kepayahan. Aku hilang deria rasa, hidungku membengkak akibat dressing yang masih ada dalam hidungku.

Hari itu ku habiskan dengan lena mengiring menyaksikan bantalku penuh dengan bendalir merah kental yang keluar dari hidungku. Doktor mengesahkan lelehan merah itu adalah normal selepas pembedahan. Semua polyps sudah berjaya dibersihkan dari pipiku. Aku akui tiada lagi kesakitan pada tulang pipiku.

Hari ke4 di hospital iaitu hari ke2 pembedahan, doktor telah mengejutkan ku dari lena untuk mengeluarkan dressing dari dalam hidungku. Aduh sakitnya tuhan yang tahu apabila dressing tersebut dikeluarkan dari hidung. Aku terpaksa menelan darah yang masuk kedalam tekak ku dari rongga hidung. Akhirnya dressing berjaya dikeluarkan. Lega rasanya apabila aku kembali dapat bernafas melalu hidung.

Aku melalui hari ke2 selepas pembedahan dengan menjadi OKU apabila aku tidak dapat mengerakkan anggota badanku. Aku lumpuh seharian akibat kesan bius. Itu normal kata doktor untuk merehatkan badanku. Barula aku memahami erti kesukaran OKU untuk bergerak. Terasa sedih sangat bila tidak dapat berbuat apa-apa hanya mengharapkan bantuan dari misi.

Hari ke3 selepas pembedahan aku sudah boleh mengerakan kaki tangan dan anggota badan yang lain. Alhamdulillah. Namun kelumpuhan yang berlaku pada aku mengundang kemuskilan pada pakar bius hospital kerana kebiasaannya pesakit tidak akan mengalami kelumpuhan dalam masa yang panjang. 

Sekali lagi aku terpaksa menjalani pemeriksaan darah untuk mengesan tindak balas jantung dan buah pingang aku kepada kesan bius. Aku juga terpaksa menjalani rawatan ECG untuk mengesan ketidaknormalan pada jantung aku. Alhamdulillah hasil pemeriksaan semuanya Ok. Menjelang malam aku sudah boleh berjalan walaupun masih terdapat kesakitan pada otot-otot kaki dan badanku.

Hari ke 6 iaitu esok, aku akan dibenarkan keluar dari hospital. Yes merdeka. Sekelip mata sahaja rasanya aku menjalani pembedahan dan tersadai di wad. Harap selepas ini sinus tidak lagi berulang kepada aku tetapi entahla, dengan keadaan persekitaran kita yang tercemar tidak mustahil aku akan menjalani pembedahan ini kali ke 2.

Mesti ramai sahabat yang menderita sinus atau resdung diluar sana memilih untuk mendapatkan rawatan tradisional. Bermacam-macam kaedah amalam turun temurun untuk merawat resdung. Tapi bagi aku yang tetiba jer termasuk ke wad dan terbedah, aku rasa cara ini pun bagus untuk mengeluarkan polyps yang terperangkap dalam rongga muka kita. 

Rawatan tradisional belum tentu dapat menjamin polyps itu keluar sepenuhnya dari rongga muka kita samada hidung, dahi atau pipi. Ia juga tidak menjamin kita akan bebas dari sinus. 

Oleh itu kalau sahabat mengalami masalah selalu bersin, alahan, sakit kepala dapatkan rawatan segera kerana sinus boleh menyerang tulang muka dan boleh menyerang otak kita jika tidak dirawat segera. Ini kerana diantara muka dan otak hanya terdapat satu lapisan tulang sahaja. jadi bayangkan jika tulang tersebut diserang sinus.

Jika ada kelapangan aku akan cuba post maklumat-maklumat mengenai sinus untuk dikongsi bersama sahabat.

Jam 1.38 pagi, 23 April 2012
Wad A29
Hospital Pantai Klang

55 comments:

  1. Salam..
    Saya ingin bertnya. Mcm mn keadaan awk selepas buat operation sinus? Sy mngalami sinus yg agak teruk. Sama simpton mcm awk.. Deria rasa masih ada ke slps operate?
    Harap membantu tq
    natasyanabilaruslan@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun br jalani pembedahan sinus 2mgu lepas,alhamdulillah tk la ngeri tau sakit mn,mkin hr pertma selepas pembedahan tu je kt byk bernafas ikut mulut shj,sekarang perubtan dh moden so tk rase sakit langsung,sy mmbygkan sy sakit mendodoi pas abis ubt bius tp alhamdulillah..bg yg ada sinus tu cuba la jumpa ngn doktor ye,jgn tkut

      Delete
    2. Saya baru lps operation yg bernanah dibahagian otak. .Dsebbkn kepla akn alami risiko, doc trpksa buat operation melalui hdung.. Tp mmg sakit slps sdr dr operation trsebut.. Tp skg sy mula sakit bhgian mata

      Delete
  2. boleh tak saya nak tahu berapa kos keseluruhnya?

    ReplyDelete
  3. saya pun ada mslh yang sama. mcm mana pembedahan tu. polyps keluar dr hidung ke?

    ReplyDelete
  4. Nk tnye , operate tu sbb polyp dh kna ngan jngkitan kuman ke ??
    Sbb saya skang ni pom alami benda ni ..doc kata polyp ad dalam sinus sy sebesar biji kacang .. Tapi doc cakap tak bhaya sbb tak kena jangkitan kuman..

    ReplyDelete
  5. Sy ada kt wad ni br pg tadi operate hidung ..mlm mash bliding tp so far so good..

    ReplyDelete
  6. Saya selaku penjual Ubat Resdung tradisional terkejut juga membaca kisah ini. Untuk pengetahuan, saya ada membaca artikel-artikel di google mengenai sinus yang mana penyakit ini tidak dapat dihapuskan 100% , hanya dapat dikawal dan dikurangkan sahaja. Bukanlah niat untuk mempromosi ubat sy, tapi apa yg saya dapati pengguna ubat resdung saya kebanyakannya memberi testimoni yg positif bahkan ada pesakit sinus level 2 yang sudah semakin pulih dan tidak memerlukan rawatan bulanan di pusat rawatan resdung lagi, tambahan lagi doktor Klinik Keluarga & Surgeri Bandar Baru Sungai Buloh pun mencadangkan ubat ini. Alhamdulillah. Dan akhir kata, bukanlah sesuatu ubat atau servis itu yg menyembuhkan walaupun jutaan ringgit dikeluarkan, tetapi yg maha menyembuhkan itu adalah ALLAH (As Syafi) . Ada orang yg sembuh kerana ubat A , ada pula yg sembuh kerana ubat B, smua itu hanya USAHA kita. Insyaallah. Perkongsian cerita anda ini sangat baik dan terima kasih

    www.Ubat-Resdung.com
    017-5601956

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ke nak tnye kalau buat polip (operate) hidung menggunakan lidi kaedah yg baru buat di herbapaty

      Delete
  7. sinus sis dah ilang terus ke lepas operate tu?

    ReplyDelete
  8. hi..just nak tanya...since the operation in 2012 awak ada rasa yg sinusitis tu berulang x? saya pun pernah jalani this operation in 2013, but now saya rasa simptom tu berulang semula. xkan nak wat operation lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami saya pun begitu, dah buat operation tapi symptom tu berulang, nafas berbau... orang kata sinus memang akan berulang tapi kena buat operation lagi ke?

      Delete
    2. Ya betul ada sesetengah doctor akan inform benda ni akan berulang.kalau buat rawatan traditional pon diaorang takut sebab hidung dah x sama seperti asall

      Delete
  9. salam...saya baru operate sinus, xd la rase sakit ke ap,tapi deria bau hilang terus..ini hari ke 4,adakah ini normal?

    ReplyDelete
  10. salam...saya baru operate sinus, xd la rase sakit ke ap,tapi deria bau hilang terus..ini hari ke 4,adakah ini normal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Berapa lama deria bau tu x ada ya sslepas operate polip tu? Sebelum tu deria bau masih ok ke? Sbb saya pun alamai msalah yg sama.. Hilang deria bau terus sebelum oprate lg.. Ni baru lepas oprate harap2 deria bau saya kembali seperti biasa

      Delete
  11. Dr baru suggest nak operate last week. tetiba jadi seram sngt bila baca post nk... mggu depan nak wat ct scan. camne nii.. berbelah bahagi plk hati ni....

    ReplyDelete
  12. ikhtiar dengan bekam polyps...
    kami menyediakn bekam utk merawat polyps
    bertempat di dr resd cawangan tanah merah kelantan
    pn jaa 0135000566

    ReplyDelete
  13. Smlm br blk dr satu hospital swasta ni, scan mmg ada benda dlm mixallary sinus. Doktor tu minta refer hospital lain. Risau pula rasa nak operate nanti. Sbb hampir sbln lebih darah dari dalam hidung ni keluar tanpa henti. Rasa tak selesa je hidung ni, pipi, gigi & kepala pun rasa sakit. So, Lepas raya aidilfitri ni (2018) br nk refer blk ke hospital lain. Harap² dimudahkan sbb dah sbln jadi raja bersiung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara dh ok ke dri sinus

      Delete
    2. Cek dekat hospital swasta brp kena bayarannya ya

      Delete
    3. saya baru buat kat swasta habis 12500 lebih tp berbaloi selesai masalah..nasib ada insurans

      Delete
    4. Aslkm cik salwani...nak tanya lps bedah tu...kena pantang makan apa yer?

      Delete
  14. salam semua.sya baru disyaki ada sinus.simptomnye selsema xhenti 1minggu.keluar air busuk dri hidung kiri.ni doc bg surat g hos besar plk

    ReplyDelete
  15. baru balik operation sinus,badan lemah hidung masih pakai mulut tuk bernafas.. pengalaman mungkin xkan aku lupa.. setiap pembedahan ada risikonye.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  16. Saya baru buat.Alhamdulillah teknologi terkini.Bius & sedut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda buat di hospital mana ya. .Dan berapa kosnya. .

      Delete
    2. Cerita la sikit pengalaman tu

      Delete
    3. Ya.saya pun nak tau.rawatannya dimana.tolong jawab please.tq.

      Delete
    4. sy bru je buat...mc kt sebulan dah.

      Delete
  17. aslkm.sy br lpas.oprtion so nk tyela pglamn pjgaaan slps bdah.coz skrg bnyk sgt kepingan darah dlm hdung..penuh wlupun dh spray.so cmne ye bolehke sy korek kpgn darah tu.bhya ke

    ReplyDelete
  18. Sy pon brlps buat pembedahan pada 7hn lps.sinus dh turun ke leher, menyebabkan ada nanah. Payah utk menelan makanan. Benda ni amat mengerikan sebab sy tak tahu pon sy ada sinus.

    ReplyDelete
  19. Suami saya pernah melakukan pembedahan sinus tapi dua tahun kemudian masaalah pernafasan nya kembali berbau, tak tau apa perlu kami buat

    ReplyDelete
  20. Sy br lpas buat pmbedahan sinus d hospital swasta..blasan ribu juga.Slps pmbedahan darah beku dan hingus kuning pkat kuaq .kdg trasa telan darah yg mgalir dr hdung ..Smpai bila ya ..Mc lg smggu nak keja ...

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum,
    Anak sy berusia 13 tahun & disahkan menghadapi nasal polip .. 7hb Jan ni dia akan menjalani pembedahan .. sy risau & takut.. boleh x sesiapa yg prnah melaluinya mklumkan pd sy kesan selepas pembedahan, jgka masa sembuh sepenuhnya.. bukan senang sy nak fahamkan anak sy

    ReplyDelete
  22. Anak umur 15 tahun. Disahkan ada folip hidubg. Kesukaran dia bernafas dan serung berhingus , dia mintak saya operate aje folip hidungnya itu. Saya berbelah bagi .... Takut kesan slps operate. Sbb ada 2 pendapat doktor berbeza,pakar suggest operate tapi doktor swasta nasihatkan x usah operare bimbang akan berlaku infection. Hidung dekat dgn otak katanya.

    ReplyDelete
  23. As-salaam, sy Baru menjalani pembedahan sinus dn Menebuk gegendang telinga pd 8/2/19, sinus sy telah mengakibatkn telinga sebelah Kiri sy menjadi kurang pendengaran. Sebelum ni dh kerap ke Klinik ambil ubat spray, antibiotics tapi hingus dn kahak hijau xmau jugak hilang. Selepas 3 Hari penbedahan rasa sakit dh xde, cuma bleeding sedikit dlm hidung masih lagi Ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy sedang mengalami sakit kepala & muka sebelah kiri terasa berat. Dan apabila menunduk mmg sakit. Sebelum ni pun sy dah kena gangguan sinus pd belah kanan shingga mberi kesan pd mata sy, mata nampak double vision. Lepas on antibiotic 10 hari di wad Alhamdulillah hilang. Tp stelah bberapa bulan, kena pd belah kiri plak. Doc ad bg ubat spray hidung lepas sy mdapatkan rawatan pd belah kanan hari tu, tp sy x gunakan ubat tu. Kini ia merebak belah kiri plak. Rs menyesal sbb x gunakan ubat yg doc bg tu

      Delete
  24. Assalam...saya pun baru 5 hari operate sinus...tp mmg sakit lpas operate tu...hari ke-2 baru ok...sikit2 je sakit...skrg just cuci hidung dgn ubat yg dibekalkan n sambung mkn antibiotik...mtk2 x berulang lagi sinus sye ni...yg pnting sekarang silalah berpantang mkn n pakai mask utk sebulan pertama ni...kos utk operate ni habis rm16k...tp alhamdulillah insurans cover...5/4/19 nti ade appointment plak ngn doc utk check up progress penyembuhan...

    ReplyDelete
  25. Husband sy dah 2minggu operation buang polip..lepas operate tu sakit badan..demam..skrg dah seminggu sakit perut..dia jarang skt perut mcm ni..
    Xsure apa komplikasi yg berlaku di dalam..operate di kpj ipoh..mlm ni nak pergi emergency gh,sebabsebab f up di kpj pun doc just bg ubat sakit perut je..

    ReplyDelete
  26. Telinga saya ada bunyi spt belon letop2... sy dah g ent dan doktor kata saya ada radang hidung. Dah 5hr makan ubat... sy xselesa knp ada bunyi2 masih d telinga kanan

    ReplyDelete
  27. Kt cni smue cite pnglaman lps kne operate. Klu blh sertakn skali kos X kire la swasta @ krajaan

    ReplyDelete
  28. saya buat kat swasta 13k...

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. Anak saya umur 15 tahun ada polyp dlm hidung.. Nk operate 25/9 ni dkt GH. Tp saya bw ank saya jumpa doctor homeopati dia kata tk yah operate.. Dia ada ubt utk kecutkan polyp.. Saya hold dulu la operation dia.. Nk tgk keberkesanan ubt homeopati mcmana..

    ReplyDelete
  31. Salam semua. Untuk perkongsian bersama. Alhamdulillah saya da selamat menjalani OT sinustis yg buang lebihan daging dalam hidung dan memotong tulang rawan hidung yang bengkok yg menyebabkan penafasan saya tersekat bsama simptom resdung lain2 tu di sebuah hospital swasta di Melaka yg bersebelahan dgn sungai melaka.

    Operation dibuat pada 5/9/2019. Syukur sekali lagi, kos rawatan yang dikenakan adalah hampir RM 19 ribu (6 hari saje duk hospital). Insuran kelompok majikan saya cover Rm24 ribu seorang. Alhamdulillah boleh cover semua kos OT tu.

    Sy ingin kongsikan juga cara utk mendapatkan rawatan OT di hospital2 swasta (pegawai perubatan hospital dan ejen etiqa juga yg tunjukkan caranya ni tau, kredit pada mereka).

    Mula2, pesakit dikehendaki mendapatkan surat rujukan dari hospital kerajaan. Kalau majikan ade panel, boleh dapatkan surat rujukan dari klinik2 panel majikan tu.

    Kedua, panjangkan surat tersebut pada pegawai perubatan hospital swasta yang dikehendaki. Dan tggu beliau tunjukkan surat tsebut pada doktor pakar berkaitan. Dan selepas doktor pakar kata 'okay' boleh mggunakan surat ini untuk admit wad.

    Ketiga, set tarikh bsama pegawai perubatan tsebut utk admit wad. Insya Allah, kelulusan GL itu menjadi mudah dan tunggu masa saja utk OT dan rawatan selanjutnya.

    *saya punya sinustis ni da benanah dlm hidung kata doktor yg operate. Sakit ni dah lebih 2 tahun kata doktor.


    ReplyDelete
  32. saya baru saja menjalankan operasi turbinoplasty dan septoplasty. hari ini telah memasukki hari ke 6 selepas pembedahan tetapi keadaan hidung saya masi tersumbat sebelah kiri. saya ingin bertanya pada yang berpengalaman. berapa lama masa diperlukan untuk bernafas normal kembali?

    ReplyDelete
  33. Deria bau saya hilang terus dlm masa 2 tahun ni... Check kat hospital doktor bgtahu ada polip.. Now baru lepas operation.. Nak tanya kot ada petua untk pulihkan semula deria bau sesiap ada pengalaman mcm saya.. Mcm mana ya..

    ReplyDelete
  34. nak tanya,boleh tak klau segera beli kad medical untuk bertujuan untuk operate dlm masa terdekat,pihak insurans ok ke dgn tujuan kita beli ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis try tanya agent tu ada waiting period lepas tu boleh lepas tu boleh covered tapi jgn ada sejarah penyakit in record perubatan jika nk sign insurance dia tk akan cover. Mrk akn membantu okay.

      Delete
    2. Cuba tanya dulu, sbb biasanya ada tempoh matang medikal kad. Sy operate kat pantai rm15k kalau takde insuran pening jgk nak byr. Mungkin ke kerajaan je..insuran prudential. Agent pun ok ni no dia 0137349771

      Delete