Monday 30 September 2013

Aku & Warna

Aku suka warna biru..tapi itu dulu lah di zaman remaja aku.. kemudian masa merubah warna kesukaan aku. jom tengok apa personaliti orang yang suka biru macam aku (he hee..nak cakap pasal diri sendiri masa zaman remaja dulu)..

" Ternyata anda seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus anda ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri anda sendiri. Selain itu, anda juga cenderung ke arah kesenian dan sememangnya anda berbakat dalam bidang itu hingga mempu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, anda mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta anda pun hendak bercinta. Tapi anda bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendirilahkan? Kalau anda mahukan hubungan itu berpanjangan, anda harus bersikap lebih serius dan ikhlas".

* Teruknya perangai aku dulu..hu huuu..

Sejak 2 menjak ni bila usia aku dipenghujung 20an aku minat merah la plak..aku pantang tengok mende warna merah, mesti aku beli. Hiasan rumah aku semua bertemakan merah sampai dinding rumah pun warna merah. he hee..Cina tokey hardware kat belakang umah aku cakap, warna merah ni kami buat cat tokong jer..adeii..terkena plak aku.

Jom tengok personaliti orang yang minat merah ni ( aku copy dari website Puspanita).

" - Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.
- Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung "

Bab yang positif tu aku suka, tapi yang bab negatif tu buat aku terdiam sejenak. Aku macam tu ke? ye kot kalau aku dah terkena banyak kali.

Bila aku dok sibuk search kajian pasal warna dan personaliti diri, aku terjumpa satu web yang membincangkan mengenai Rahsia Personaliti Warna Melalui Tarikh Lahir. Dalam web ni siapa yang mewakili warna merah, beginilah sikapnya,

" Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Anda juga suka disayangi dan menyayangi. Anda juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu bandan’! Taman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan meraka."
Aku kelahiran bulan Disember dan mengikut web tu, warna aku adalah kelabu. Jenuh juga aku fikir, aku ada minat tak warna kelabu, hehe..sedar tak sedar banyak juga pakaian&tudung aku berwarna kelabu.

Jom kongsi personaliti mereka yang minat warna kelabu.

" Kebanyakan orang yang diwakili warna kelabu sangat menarik dan aktif orangnya. Kamu ingin juga dikenali oleh orang ramai dan menjadi kepantangan pada kamu jika orang tidak melayanmu dengan adil. Kamu juga seseorang yang tidak gemar menyimpan sesuatu dalam hati hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri. Namun kamu sangat pandai menawan hati orang lain dengan sikap humor yang kamu miliki itu"..

Ermmmm..he hee..ni macam betul-betul aku..