Thursday 6 June 2013

Journey to South - Bila MAN tiada..

27 Rejab, genap 27 hari hidupku tanpa Man..cepat benar masa berlalu walaupun aku rasakan setiap saat dalam hidupku berlalu dengan hari yang panjang.

Masih terasa keseronokan merayau bersama Man. Teringat pesanan terakhir dia, ini mungkin pertemuan dan perjalanan terakhir kami. Benar katanya, 10 May 2012, malam 1 Rejab Man kena serangan sakitnya. Tidak pernah aku lihat Man sederita itu menangung sakit yang amat sangat. Man tidak sedarkan diri dan koma selama 3 hari. Dan apabila dia sedar, dunia dia kelam. Man lupa segalanya, Man lupa siapa aku, malah Man lupa siapa namanya.

Kesan keracunan darah Man mungkin sudah menyerang saraf dan fungsi otak Man. Sedih sangat bila aku tak boleh terbang melawat Man. Aku tak berpeluang untuk menjaga Man. Man jauh di sana, di daerah asing yang aku tahu di mana, tapi tak diizinkan Allah untuk pergi.

Disaat aku kehilangan Man, Allah duga aku lagi sebenarnya. Sebelum Man tidak sedarkan diri, aku dapat perkabaran dari jauh, dari Ukraine, bahawa adik kesayangan aku di Ireland telah pergi mengadap yang 1, Allah lebih sayangkan dia. Khabar yang ku anggap hanya gurauan tapi masa membuktikan adikku telah pergi.

10 May 2013, aku kehilangan Reen, aku hilang Man. 2 insan yang amat ku sayang.

Sebaik sahaja aku mendapat perkhabaran Reen telah pergi, aku mencari kekuatan untuk bagitau man. Man menyambut panggilanku dengan suara yang tersekat-sekat akibat sesak nafas. Hatiku tidak kuat untuk memberitahu bad news. Berkali-kali aku cal untuk cuba khabarkan pada Man, berkali-kali juga aku gagal.

Aku kemudiannya menerima mesej terakhir dari Man, 'Maaf la selepas ini abang mungkin lambat reply mesej'. Betul kata Man, Man tak mesej-mesej lagi aku sampai sekarang. Man dah lupa siapa aku. Man hidup dalam dunia dia, dunia 0 tanpa ingatan pada apa-apa pun. Man seolah lahir sebagai bayi yang orang cakap diibaratkan bagai kain putih. 0 tanpa corak dan warna kehidupan.

Apa yang amat ku kesalkan, aku tak sempat khabarkan pada Man tentang pemergian adik kesayangan kami yang pergi membawa cintanya sampai mati hanya untuk Man.

Dalam tempuh ini, sahabat Man juga mengesahkan seorang lagi adikku telah pergi, di Syria. Berat sungguh dugaanMu ya Allah. Kalaupun Man mengingati segalanya, mampukah Man hadapi kenyataan bahawa seorang demi seorang orang kesayangan pergi dahulu sebelumnya. Ada rahmat rupanya Allah mengambil ingatan Man darinya.

Kini, hidupku tanpa arah, pincang tanpa Man. Teringat aku pada ayat man petikan dari lagu wali band, harga diri..'aku tak mampu melangkah tanpamu'. Terasa sangat bila tiada Man disisi. Dalam sendu ade senyum, kenangan bersama man bermain di mata. Aku hidup dalam kenangan bersama Man.

Untuk Allahyarhamah Azreen Zulaika&Syamsul Bahari, akak sayang sangat kat reen dan syam. Moga roh reen&syam dicucuri Rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Walau di mana pun pusara reen&syam, moga rahmat Allah tak terhingga pada kalian.

Doa untuk Man, moga Man kembali mengingati suatu hari nanti. Kalau belum ajal, moga Allah panjangkan usia Man dan beri kami peluang untuk bersama lagi.


No comments:

Post a Comment