Wednesday 27 November 2013

Bahaya Garam Tersembunyi

Tertarik pada tajuk rencana Kosmo hari ni, aku terpanggil untuk share beberapa petikan yang boleh menyedarkan aku, spesis suka makanan masin ni.

"SAMA ada anda sedar atau tidak, kebanyakan makanan yang diambil secara harian mengandungi unsur natrium. Garam atau nama saintifiknya natrium klorida adalah antara sebatian utama yang digunakan dalam masakan. Namun masih ada beberapa jenis natrium dalam makanan yang tidak diketahui umum.
Sekeping roti kosong misalnya, dianggarkan mengandungi 100 hingga 172 miligram (mg) natrium. Jumlah keseluruhan natrium yang boleh diambil individu dalam masa sehari pula adalah sebanyak 2,400mg. Cuba kita lakukan anggaran kasar, sarapan pagi bersama dua keping roti hampir mencecah 300mg, jika ia disapu marjerin dengan amaun satu sudu teh, jumlah natrium yang diambil boleh mencecah 350mg.
Tambahan makanan seperti telur goreng, tuna dalam tin dan salad kemudiannya menjadikan jumlah natrium mencapai 750mg. Jika sarapan sahaja menghampiri 1,000mg, bayangkan amaun natrium secara jelas dan tersembunyi yang diambil ketika makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Tidak mustahil, seseorang itu mengambil jumlah natrium melebihi daripada yang digalakkan.
Akibat pengambilan natrium berlebihan, individu berkemungkinan berdepan masalah kesihatan seperti hipertensi iaitu hipertensi.
Garam, natrium bikarbonat dalam air bergas, kek dan kuih serta monosodium glutamat (MSG) ialah kumpulan sebatian biasa yang mengandungi natrium. Ramai yang keliru apabila mendapat tahu mereka menghidap hipertensi sedangkan penggunaan garam dalam masakannya amat dijaga. Bagaimanapun kekerapan mengambil makanan segera, sos cili, tiram, soya seperti kicap turut menyumbang kepada masalah tersebut."
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2lnnnwJpJ 
Hakcipta terpelihara 


Nak baca detail kena beli Kosmo lah, tak pun baca Komo! Online. 

Sejujurnya insaf aku seketika, aku fokus pada pengurangan gula dalam diet aku. Tapi aku terlupa pengambilan garam. Sejak kena jaga makan akibat kehadiran bacteria " Helicobacter pylori" dalam perut aku ni, aku terpaksa berpuasa daripada makan makanan pedas dan beminyak serta makan kat luar.

Tak terasa lagi nikmat kepedasan dalam menu harian aku, sekarang aku kena fikir macamana nak telan makanan kurang natrium pulak. Selama ni kerja aku mengomplen jer kalau orang masak kurang garam dalam sajian mereka. Sekarang aku pula kena belajar masak macam tu. 

Good Luck pada diri aku demi kesihatan luar dan dalaman.

No comments:

Post a Comment