Wednesday 20 March 2013

Journey To Bukit Tinggi

07/05/2011 - Lokasi: COLMAR, Berjaya Hill, Bukit Tinggi Pahang.

Percutian aku ni dah lama tapi aku masih nak share ngan kawan-kawan.

COLMAR, resort yg bertemakan senibina Perancis. Tempat ni sangat cantik dibina di atas bukit didalam kehijauan hutan semulajadi. Senibina Perancis yang sangat unik dan mengagumkan. Kalau tak silap aku tempat ni diilhamkan oleh mantan PM kita, Tun Dr. Mahathir.

Lokasi yang sangat menarik untuk honeymoon pada pendapat aku la. Mungkin kawan2 diluar sana penah ke sini menikmati kedinginan udara dan pemandangan yang menghijau.

Korang yang tak penah pergi jangan sesekali membayangkan COLMAR seperti Genting Highlands ataupun Cameron Highlands. Suasana disini sangat berbeza.

Terima kasih sangat2 kepada MAN yang sudi bawa aku bercuti disini walaupun hanya lawatan selama sehari.

Aku share pic-pic menarik untuk kawan2 lihat manatau ada kawan2 yang berminat untuk ke COLMAR nanti.


Penat menjamu mata dengan keindahan senibina Perancis ni, aku menapak pula ke Japanese Village. Sini ade spa, Botanical Garden dan macam2 ada.
 

                                 

Seharian menapak di COLMAR boleh tahan penatnya bagi orang seperti aku yang jarang exercise atau lebih tepat memang malas exercise.

Sebenarnya banyak lagi pic-pic yang menarik tapi segan lak plak nak upload byk2, aku ni jenis yang suke bergambar. Mana-mana tempat pun aku akan pose walaupun tepi longkang. 

So setakat ni dulu percutian sehari aku di COLMAR. Kalau kawan2 nak tengok banyak lagi pemandangan indah di COLMAR, sila-sila la pegi. 
kepenatan tapi sempat lagi pose..





No comments:

Post a Comment