Tuesday 12 March 2013

Journey to Kinabalu

Teman2 se'vacation'
Ari p1...12 January 2013

Jom fly bersama AirAsia..ha3

Airasia membawa ku terbang ke destinasi yang telah aku dan kawan2 booked 3bulan sebelumnya, Kota Kinabalu. Sudah lama aku berniat nk ke Cameron Highlands of Borneo iaitu Kundasang.




Awal pagi kami menjejaki kaki ku di airport k.kinabalu, driver penduduk tempatan yang telah kami bayar utk membawa kami ke mana-mana selama 4 hari sudahpun menunggu ketibaan kami. kami membayar sewa kenderaan bersama pemandu  selama 4 hari adalah rm1000. Kami terus memulakan perjalanan menuju ke Kundasang.

Rumah Terbalik

Di dalam perjalanan, kami telah singgah di Rumah Terbalik. Salah satu tempat tumpuan pelancong. Di sini perabot , hiasan dalaman dan luar rumah, semuanya di susun dalam keadaan terbalik. Agak aneh, kami fikirkan rumah ini dibina berdasarkan cerita dongeng tetapi ia adalah kekretifan penduduk di sana untuk menarik perhatian pelancong.




Jambatan Gantung Tamparuli (ada lobong daa...)
Kami meneruskn perjalanan dan singgah pula di Pekan Tamparuli. Disini terdapat Jambatan Gantung yang merentasi sungai yang digunakan oleh penduduk utk berulang alik ke pasar Tamparuli. kami sempat membeli makanan dan keperluan memasak memandangkan di Kundasang nanti kami akan tinggal di homestay, kami akan memasak sendiri makanan kami selama 2 malam di sana.





Aku tgal kt homestay ni laa..
Permandangan indah depan homestay yang aku tinggal
Tengahari kami telah tiba di Kundasang. Checkin kat homestay, cuci mata..
Wah! cantik betul tempat ni.sekali tengok macam Cameron Highlands pun ade. Kawasan sejuk dengan kawasan pertanian di lereng-lereng bukit. Nyaman sekali.


Tanpa sedar hari dah gelap, 5.30 dah sama macam waktu magrib kt semenanjung, samar-samar tapi tiada mentari. Malam p1 di Kundasang kami lena kepenatan dalam dingin yang mengcengkam.

Ari ke-2...13 January 2013

Pagi-pagi 5.30 dah bangun subuh, lepas solat kuar ke beranda untuk ambik angin..wahhhhhh.. tak sangka didepan mata tersergam indah gunung Kinabalu, cantik namun hanya dapat ditatapi buat seketika, Puncak Kinabalu hilang diselimuti kabus pada jam 9.30 pagi.

Tengok keli pun join...

Kaki pancing mesti geram tgk ni.
Selepas makan sarapan kami menuju ke Ranau, destinasi yang kami pilih adalah Spa Kelah (tagal, Sg. Moroli). Seronok sangat bila dapat tengok ikan kelah yang besar-besar dan ape yang paling best adalah, masuk dalam sungai dan mencuba terapi kelah, geli dan sakit macam kena karan bila ikan kelah mula mengigit betis. Rasa yang sangat berbeza berbanding pergi spa ikan yang kecik-kecik tu.





Lepas penat main ikan kt spa kelah, pemandu kami bawa kami melawat ladang teh plak, ladang Teh Kemusu. Cantik macam ladang teh kat Cameron Highlands.Kami pergi untuk pose je kat ladang teh sebenarnya..he3






Kemudian kami menuju ke hot spring plak, Hot Spring Poring. Niat hati nk share gak pic-pic menarik dekat sini tapi pic-pic sensored la org mandi-manda.





Rest..penatttt......
Gayat wehhhhh...
Dlm area Hot Spring Poring ada 1 titian gantung yg terkenal Canopy Walk. Dh lama aku tinggalkn dunia mencabar ni, berbuih2 gak la untuk aku mendaki smpai ke ketinggian 550meter utk smpai ke titian gantung tu. Punyala tinggi titian gantung tu, di bina di atas pokok yang aku agak2 adela 3-4 pemeluk besarnya. Sayup mata memandang kehijauan hutan dan lembah.




Itula destinasi terakhir aku pada hari k2 di Sabah, negeri di bawah bayu sebelum pulang berehat..tapi sebelum tu kami sempat singgah kat pasar Ranau, he3..shopping buah2an hutan yg jarang kita dapat di semenanjung..aku makan buah2an sampai boleh kena diabetes rasanya.



Durian Kura-kura
Disebelah kanan ni pic durian kura2, jangan tetipu pada saiz dalam gambar sebab durian ni sebesar penumbuk je, isinya pulak sebesar ibu jari tangan aku je (ibu jari tangan aku besar tau ha3..). Sedap rasa durian ni, lemak. 5 biji aku makan sorang2 je.. Buah durian ni kalau tak silap aku berbuah di pangkal pokok bukan kat dahan macam durian yang lain.




Ari ke3...14 January 2013

Pagi2 lagi aku terbangun dikejutkan oleh roomate aku yang bangun solat subuh pukul 2 pagi..ha3. sempat lagi dia buat lawak. Aku ingatkn dia bangun utk tengok cahaya lampu pendaki2 yang mendaki gunung kinabalu sebab biasenya pendaki akan mendaki pd waktu malam utk pastikan pd waktu subuh mereka sudah berada disana.

Walaupun pic ni tak jelas tapi pemandangan masih jelas di mata aku
Selesai solat subuh (waktu yg btul, ha3), miracle..mataku dpt melihat indahnya kejadian tuhan..pemandangan Kinabalu yang memukau mata..Syukur sgt dgn nikmat Allah.

Sedih rasanya hati nak tinggalkan Kinabalu, tapi apakan daya kaki terpaksa melangkah pulang. Kami tuju bandar KK untuk nikmati malam terakhir di Negeri Dibawah Bayu.


Dalam perjalanan ke bandar KK kami sempat singgah di kaki gunung Kinabalu untuk pose amik pic..kalau nak mendaki rasanya tak sampai rasanya. Awal-awal dah pancit walaupun 'sparetyre' aku stok banyak.



Turun dari Kundasang kami sempat singah shopping beli cenderamata kat pekan Nabalu, banyak gak la note biru keluar melayang-layang dari poket aku.









Tiba di bandar KK kami tuju Tanjung Aru untuk sesi makan tengahari. Kami pesan makanan panas ala Thai. Rasa makanan berbeza la sikit walaupun ala Thai, dah tukar jadi ala Sabahan. Di Tanjung Aru macam biase la sempat lagi kami pose.




Selepas mengisi perut kami bergerak ke destinasi untuk merehatkan diri pada malam terakhir di sini, Marina Court. Belum sempat nak berekat kat apt., kami dah gerak menuju ke Pasar Philiphine, dalam 200m dari apt kami. Apa lagi shoppinggggg..melayang lagi 2 3 keping note purple dari poket aku beli pearl, gelang dan keronsang. Boleh kata beli cenderahati untuk sekampung tapi sebenarnya untuk kegunaan aku je. Punya lah syok shopping sampai aku tak sempat nak amik pic.


Murah2 makanan kt sini..
Jemput makan
Dinner kami isi perut dengan seafood bakar kat belakang pasar Philiphine, sangat menarik pada pandangan mata melihat pelbagai makanan laut yang dibakar dan dihidangkan  secara deretan meja, sederet meja 1 gerai.


Selepas makan kami balik menapak ke apt. untuk menikmati malam terakhir kami...

Ari ke4...15 January 2013



Hari terakhir di KK, dah nak balik rupanya. Dalam perjalanan ke airport kami sempat singah di Kampung Air, tak sampai hati tengok kehidupan orang di sana. Hanya penduduk di situ yang mengerti kehidupan mereka.







Sampai masanya untuk aku kembali ke Semenanjung. Adakah kami akan merindui Kinabalu, rasanya aku pasti akan kembali, aku pasti akan rindukan Kundasang macam aku rindukan Labuan..bye3 KK.

No comments:

Post a Comment