Wednesday 20 March 2013

Journey to Shanghai

February 2008, Shanghai, China.

Inilah pertama kali aku menjejakkan kami ke luar negara atas urusan kerja. Kebetulan itulah juga kali pertama syarikat yang bayar gaji aku tiap2 bulan menyertai exhibition agro yang boleh dikata antara yang terbesar di dunia; China International Agrochemical & Crop Protection Exhibition for Agriculture & Animal Husbandry bertempat di Everbright Convention & Exhibition Centre, Shanghai.
ini la tempatnya

Aku berada disana selama 5 hari dimana CAC exhibition berlansung selama 3 hari. Oleh itu aku ada 2 hari untuk merayau menghabiskan duit aku (duit poket company bagi, ha3...)

Ni la keje aku..ha3











Keje aku kat sana nampak mudah walaupun tak mudah. Aku mana penah buat keje-keje promosi produk macam orang marketing sebab aku bukan dalam bidang tu.
Tebal jugak la muka aku. Tapi disebabkan keje-keje aku yang memerlukan pembekal-pembekal baru bagi produk-produk baru untuk syarikat aku, maka aku kena belajar.

Lupa nak citer sebenarnya hari pertama menjejakkan kaki kat sana lagi aku dah shopping. Team aku sempat pergi ke Nanjing Road dan abiskan duit poket awal-awal lagi. Di sini aku share sebahagian pic kat Nanjing Road.
Kat Nanjing Road ni ade satu tempat macam foodcourt yang jual makanan HALAL. Team aku yang pergi ke Shanghai aku sorang2 je melayu. Di exhibition centre aku jer sorang-sorang melayu kat sana walaupun ada rakyat malaysia yang datang, tapi dekat Nanjing Road ni dapatla jugak aku tengok beberapa kerat rakyat Malaysia yang bertudung macam aku.













Cer tengok pic kat atas ni, nila buah2an yang disaluti ngan gula dan jagung warna hitam. Aku selalu tengok kalau drama-drama atau filem citer cina zaman dulu-dulu mesti budak-budak atau masa couple dok dating tu diaorang makan gula-gula ni.Aku sempat beli satu konon nak rasa, manis sgt.

Kat China ni macam-macam ada dan negara ini memang terkenal dengan makanan pelik-pelik serta eksotik.
Masa kat China nila jugak sarapan pagi aku setiap hari dihidangkan dengan telur sintetik. Rupa telur sintetik lebih kurang sama dengan rupa telur ayam asli cuma putih telur terdapat banyak lapisan, ia tak selicin secantik telur ayam yang Allah buat. Aku share pic telur sintetik yang aku dapat dari salah satu blog, blogpejantantanggung.blogspot.com/.../t... - Indonesia 












Sambung semula pada citer aku yang merayau kat Nanjing Road, cantikkan bangunan2 dalam pic di atas ni. Aku suka tgok ala2 istana zaman silam ape..

Penat merayau disiang hari aku guna kesempatan diwaktu malam lak tuk merayau. Team aku yang lain sibuk dengan dinner2 bersama suppliers (yang tentunya makanan non-halal) maka aku terpaksa bawa diri. Dah jemu makan maggie kat bilik aku kuar cari makanan yang aku yakin halal. Aku try share pic aku di malam hari, maaf tak clear sgt maklum la guna camera murah.










KFC dan PizzaHut pun ada tapi aku tak berani nak makan sebab tak jamin Halalnya cuma masa kat Nanjing Road aku ter'belasah' burger ikan McD. KFC kat sini ade roasted chicken, menarik..kat Malaysia takde la plakkan..
Jalan yang sempat aku pose kat atas ni aku tak ingat namanya tapi clik aku cakap jalan ni ala-ala Bintang Walk kalau kat Malaysia, Syurga Hiburan. Boleh tengok clik aku belasah alkohol 2L sekali gus. Dasyat betul kehidupan diaorg.

Setakat ni dulu aku share untuk pengalaman aku kat Shanghai, inshaaAllah laun tahun kalau aku kembali lagi ke sini aku akan share lagi pic-pic menarik (bagi aku la...).








No comments:

Post a Comment