Thursday 14 March 2013

Sesekali bila aku turun padang...


Pic kat atas ni bukan pic aku pergi bercuti melawat sawah padi. Sebenarnya aku kena buat 'efficacy trial' tuk produk baru company aku, cyhalofop-butyl.

Bersama bos, clik dan pengawai MARDI

Oleh itu, sebelum nak buat trial aku kena tau ape jenis makhluk perosak yang menyerang tanaman padi ni.

Sebelum tu baik aku jelaskan, makhluk perosak ni bukan serangga je tau, makhluk perosak boleh jadi rumpai, serangan penyakit dan ape saje yang kita bole anggap menganggu atau merosakkan tanaman atau keadaan persekitaran kita.

 Aku bagi contoh lalang. Lalang memang menyusahkan kita betul tak? jika halaman rumah atau pun kebun sayur kita ade lalang kita akan cepat-cepat cabut atau sembur dengan racun. Jadi bagi kes ni, lalang di kira sebagai makhluk perosak.

Tetapi jika di kawasan lereng-lereng bukit seperti di tepi highway, lalang sengaja ditanam untuk menguatkan struktur tanah. Oleh itu lalang tidak dianggap makhluk perosak lagi.

Jadi aku mulakan memantau dan membelek pokok-pokok padi untuk mencari ape sahaja jenis rumpai yang mungkin tumbuh.


Pic sebelah ni salah satu makhluk perosak pada tanaman padi, ludwigia atau orang melayu kita pangil lakum air. Maaf tak jelas gambarnya.Tapi ini bukan target spesis aku sebab produk yang aku bawa adalah untuk spesis 'sedges' atau rumput (narrow leave).

 Cer teka pic ape mende kat tangan aku ni? nila la telur siput gondang emas. Siput ini pun dianggap sebagai makhluk perosak tanaman padi. Biasanya racun niclosamide adalah racun sesuai untuk mengawal siput ini.



Penyakit Karah

 Dalam sibuk membelek tu, aku jumpa kesan-kesan serangan penyakit kepada tanaman padi iantu serangan penyakit karah. Penyakit KARAH ni sangat berbahaya kepada tanaman padi, ia disebabkan oleh kulat yang diberi nama pyricularia oryzae. Oleh itu, aku sarankan beberapa jenis racun yang sesuai seperti benomyl, captan dan carbendazim. 


 

Rumput Ekor Tebu
Rumput Padi Burung

Berbalik kepada niat asal aku untuk buat trial, akhirnya aku jumpa spesis makhluk perosak yang aku inginkan. Aku jumpa Rumput Padi Burung (Echinochloa crus-gali) dan Rumput Ekor Tebu (Leptochloa chinensis). Maaf sangat-sangat pic yang aku share ni pic yang aku copy dari google sebab aku tak dapat amik pic yang jelas pasal rumpai ni.



Selepas jumpa spesis rumpai yang aku mahukan, kami mula membuat plot-plot eksperimen. Kerja-kerja penyemburan dilakukan oleh kakitangan mardi, aku jadi mandur jer..he3. Kakitangan mardi sangat membantu untuk aku dapatkan hasil trial yang baik Terima Kasih sekalung budi pada kakitangan yang terlibat.

Ade nampak tak kayu dlm sawah tu? itula penanda setiap plot-plot eksperimen yang kami buat.

Bila dah abis 'lawatan' aku dan rakan-rakan sekerja, kami gerak balik, sah-sah hari tu tak masuk keje lagi. Kami cabut balik terus ke rumah dan agenda seterusnya adalah tidur. 'Tidur' satu nikmat Allah yang Dia beri pada kita untuk rehatkan fizikal dan mental kita.






No comments:

Post a Comment