Tuesday 1 October 2013

CINTA MAN&MINA : Part 1

Bila Aku Bercerita Kisah Cinta..

Setelah 5 bulan  aku hidup tanpa man, aku semakin mengerti rupanya ada beza sakit hilang cinta akibat dikhianati dengan hilang cinta yang dibawa mati. Kedua-duanya amat sakit, pedih di hati tak terluah namun rasa yang dialami ada bedanya.

Aku pernah kehilangan cinta pertama aku, yang aku sayang aku puja berbelas tahun lamanya (bodohkan aku), namun jodoh itu tak berpihak pada aku, dia yang menurut perintah (ha..haa..) telah membuat keputusan untuk memilih jodoh pilihan keluarganya yang baru 2 minggu dia kenal dan 2 minggu kemudian mereka berkahwin.

Jodoh ni pelikkan (semua adalah atas perancangan dan izin Allah), bercinta bertahun-tahun lamanya belum tentu berjodoh, yang baru kenal kalau dah jodoh, sekelip mata jer orang bersanding depan kita. Dunia aku kelam sekejap dan bertahun aku hidup melara. Melara bukan sebab putus cinta tapi melara sebab si dia yang dah kahwin pun masih dok kejar-kejar aku. Sudahnya yang dituduh pengacau umahtangga orang adalah aku. Tapi tak apelah, masa dan keadaan akan buktikan siapa kejar siapa.

Bercakap pasal sakit hati bila cinta dikhianati, hati memang sakit sangat. Masa mengubat segala tapi kalau selalu depan mata lagi sakit kan. Orang bercerita tentang kebahagian dia, sedangkan si dia siang malam pagi petang dok kejar aku dengan statement ‘b tak bahagia’. Bila balik umah pijak semut pun tak mati depan isteri.

Dalam hati semua rasa cinta dah bertukar benci. Hidup dalam dunia yang tak ada ‘privacy’. Kalau tak dilayan ada yang jadi ‘pak guard’ depan umah aku. Kalau tak di rumah, jadi ‘pak pacak’ depan opis aku. Boleh dikata setiap masa aku nampak muka dia aku mengamuk, kalau gila kat aku nape pergi kahwin dengan orang lain. Bila aku suruh buat pilihan dia pilih aku. Pilih aku senang jer, lepaskan yang di sana. Boleh katanya tapi dah bertahun rasanya melekat jer aku tengok. Dah kuar pun ‘ulat’ sekor.

Lelaki oh lelaki..kalau ada cinta baru yang menyinggah tak sempat nak menyinggah lama-lama. Tak sampai sebulan dah kena warning ngan si dia jangan kawan ngan aku lagi. Mana nak melekat bf2 aku.

Itula nasib aku sebelum aku mengenali mamat yang bernama Man. Aku kenal man sebenarnya kat laman social gak. Rajin mamat ni menegur dan lepas sebulan kami menyembang kat YM, dia datang jumpa aku kat kampung yang masa tu kebetulan hari raya, 4 tahun lepas. 1st time jumpa macam biasa la sembang-sembang kosong dan keesokkan harinya mamat tu cakap ‘ I love u’. ha3..

Di awal perkenalan, tidak pernah aku tahu bahawa insan yang sanggup meredah kesesakan lalu lintas selama 5 jam (sepatutnya hanya sejam) di pagi hari raya untuk berjumpa denganku menderita sakit yang tiada ubat tiada penawar. Insan yang baru sebulan sedar dari lena yang panjang, 8 bulan hilang dari dunia, 8 bulan terbujur kaku di hospital. Insan yang menderita kecederaan dalaman yang serius akibat kemalangan yang dirancang.

Saat pertama kali bersua, aku tidak tahu bahawa dia jatuh cinta padaku tanpa melihatku tanpa pernah berjumpa denganku. Hatiku yang pada ketika itu menangis kerana cinta lama hanya mampu menerima kehadiran dia sebagai sahabat.

2 bulan berlalu kiriman sms dan email dari MAN ku jawab dengan hambar tanpa memberi peluang pada dia untuk mengenali ku. Malah perkabaran pemergian ayahandanya yang tercinta ke rahmatullah, aku sekadar membalasnya dengan ucapan takziah. Itula perkara paling ku kesalkan hingga ke hari ini.

Sebenarnya pantang bagi aku orang cakap macam tu bila sekali jer jumpa. Dengan hormatnya aku me’reject’ man. Maaf ler kita kawan jerla, kalau berjodoh nanti kita tak tau. ‘Kalau dah tertulis jodoh, sehari pun saya kawen dengan awk’. Itu janji aku pada Man dulu walaupun aku sendiri tak pasti kenapa aku boleh janji macam tu.

MAN&MINA


No comments:

Post a Comment