Tuesday 22 October 2013

Aku & Anai-anai (Termites Control) - Part 3

Jenis racun ketiga yang aku nak share ialah Imidacloprid. Imidacloprid ialah racun serangga sistemik jenis neonicotinoid dengan tindakan translaminar  dan dengan tindakan sentuhan serta keracunan perut untuk mengawal anai-anai.

Pest Control akan kenakan bayaran yang tinggi jika mereka gunakan produk ini sebab memang harga produk ni sangat mahal.


Formulasi racun jenis ini yang biasa terdapat di pasaran ialah 18.3% SC. Ada juga formula 30.5%SC, tapi kalau 'PC' pakai racun ini alamak berganda lagilah bayarannya.


Jom baca macamana nak guna.



KAWASAN
KADAR RACUN

CATATAN
10 LITER AIR
Tapak pembinaan
12.5 ml
Siram 5 liter bancuhan bagi setiap m2 pada permukaan tanah sebelum ditutup dengan simen.
Bangunan lama dan baru
12.5 ml
Buat lubang suntikkan (13 mm diameter) 15 cm dari dinding sepanjang dinding dengan jarak antara lubang (50 cm) dan suntikkan 5 liter bancuhan ke dalam setiap lubang.

Lakukan pemantauan setahun sekali dan ulang rawatan sekiranya tanda-tanda serangan kelihatan.

Nasihat penting bagi penguna, BACA LABEL SEBELUM GUNA

Aku & Anai-Anai (Termites control) - Part 2

Untuk entry kali ini, aku share jenis racun kedua untuk mengawal anai-anai.


Fipronil ialah racun serangga daripada kumpulan ‘fiprole’ jenis sistemik dengan tindakan secara sentuhan dan mempunyai kesan sisa baki untuk mengawal anai-anai di rumah, kawasan komersial dan industri. 

Kesan sisa baki ini bermaksud, anai-anai yang terkena racun pulang ke sarangnya dan mati di sana. Bila koloninya memakan anai-anai tersebut, semua koloninya juga akan mati. 

Inilah beza kesan keracunan racun jenis ini dengan racun Chlorpyrifos (Aku & Anai-Anai (Termites control) - Part 1).

Formulasi racun jenis ini yang biasa terdapat dipasaran adalah fipronil 5% SC.

* SC ialah formulasi racun, Suspension Concentrate.

Jom baca macamana nak guna racun ni.


TANAMAN
KADAR RACUN
ml/ 10 LITER AIR
CATATAN
Tapak Pembinaan
120 ml+10 liter air
(0.06% larutan)

180 ml+10 liter air
(0.09% larutan)

250 ml+10 liter air
(0.125% larutan)
Siram 5 liter bancuhan bagi setiap m2 pada permukaan tanah sebelum ditutup dengan simen
Bangunan lama dan baru
Buat lubang suntikan (13 mm diameter) 15 cm dari dinding sepanjang dinding dengan jarak antara lubang (50cm) dan suntikkan 5 liter bancuhan ke dalam setiap lubang. 

Lakukan pemantauan setahun sekali dan ulang rawatan sekiranya tanda-tanda serangan kelihatan.

Nasihat penting bagi penguna, BACA LABEL SEBELUM GUNA

Aku & Anai-anai (Termites control) - Part 1

Bercerita mengenai anai-anai rasanya semua orang kenal serangga ni. Serangga yang memusnahkan apa sahaja di mana jua. Serangga yang memberi kemusnahan pada tanaman dan kediaman. 

Setiap hari telefon pejabat aku berdering, panggilan daripada pengguna yang bertanya mengenai racun anai-anai. Di pasaran terdapat banyak produk untuk mengawal pembiakan anai-anai atau lebih tepat membunuh binatang ini.

Di sini aku share sejenis racun yang memang terkenal dan banyak diguna oleh pest control untuk membuat rawatan anai-anai di rumah kediaman atau bangunan pejabat. Yang pasti kos nya lebih murah berbanding racun yang lain.

Chlorpyrifos ialah racun serangga dari kumpulan ‘organophosphate’ dengan tindakan sentuhan dan keracunan perut yang selektif untuk membunuh anai-anai.

Biasanya terdapat 2 kepekatan racun jenis ini di pasaran iaitu 21.2% dan 38.7%.

Mari baca macamana nak guna.

Ini ialah kadar racun bagi Chlorpyrifos 21.2% EC.



KAWASAN
KADAR RACUN

CATATAN
10 LITER AIR
Tapak pembinaan

235 ml
Siram 4 liter bancuhan bagi setiap m2 pada permukaan tanah sebelum ditutup dengan simen.
Bangunan lama dan baru

235 ml
Buat lubang suntikkan (13 mm diameter) 15 cm dari dinding sepanjang dinding dengan jarak antara lubang (50 cm) dan suntikkan 3 liter bancuhan ke dalam setiap lubang.  

Seterusnya kadar racun bagi Chlorpyrifos 38.7%EC



KAWASAN
KADAR RACUN

CATATAN
10 LITER AIR
Tapak pembinaan
129 ml
Siram 5 liter bancuhan bagi setiap m2 pada permukaan tanah sebelum ditutup dengan simen.
Bangunan lama dan baru

129 ml
Buat lubang suntikkan (13 mm diameter) 15 cm dari dinding sepanjang dinding dengan jarak antara lubang (50 cm) dan suntikkan 5 liter bancuhan ke dalam setiap lubang. 

* EC tu nama formulasi produk, Emulsionable Concentrate.

Lakukan pemantauan setahun sekali dan ulang rawatan sekiranya tanda-tanda serangan kelihatan.

Nasihat penting bagi penguna, BACA LABEL SEBELUM GUNA

Next entry, aku akan share racun lain untuk anai-anai.








Wednesday 2 October 2013

Aku & Mandarin : Part 4

(Aku belajar Mandarin ialah untuk isi masa lapang dengan kata lain Bila Aku Boring.he hee..)

Entry kali ni aku nak share macamana tengok jam. Hahaaa


Senget lagi pic aku (sebenarnya same page ngan entry part 2 aku), tapi tak apalah asal korang boleh baca kan.

Masa yang dalam pic tu jika waktunya genap. Kalau ada minit dikira lain pula. 

Hour/Jam : Dian
Minute/Minit : Fen

Aku bagi contoh;

jam 5.40 = wu dian si shi fen.
jam 5.30 = wu dian ban (hehee..kenapa 'ban' pulak kan..ban tu bermaksud setengah).

sampai disini dulu..nanti aku sambung next entry..kita tengok apa kaitannya pula..

Aku & Mandarin : Part 3

(Aku belajar Mandarin ialah untuk isi masa lapang dengan kata lain Bila Aku Boring.he hee..)

Lupa nak jelaskan, aku belajar mandarin untuk percakapan (Pin Yin), bukan penulisan. Mandarin ni ada 4 intonasi seperti berikut;



Dimana setiap intonasi mempunyai sebutan berbeza walaupun ejaannya sama. Intonasi tu yang membezakan makna setiap perkataan. Salah intonasi salahlah maknanya, macam cakap 'bad word' pula. Malah nak sebut a e i o u pun ada 4 intonasi.

*Kalau nak dengar sebutan yang betul, korang boleh download pin yin kat hp korang.

note : consonent - yun mu; vowel - sheng mu.

Jom tengok Yun Mu, sama je ngan huruf bahasa melayu tapi jaga jaga sebutannya berbeza dengan 4 intonasi setiap satu (aku copy note aku..he hee).


Yang kat bawah ni sheng Mu pula..


      Cuba lah baca yun mu dan sheng mu kat atas..sampai hari ni berbelit lidah aku lagi lagi kalau menyebut u yang ada 2 titik atasnya tu. (muncung mulut bunyi menguak macam lembu dah..ha haa) 



Aku & Mandarin: Part 2

(Aku belajar Mandarin ialah untuk isi masa lapang dengan kata lain Bila Aku Boring.he hee..)

Sambung bahagian ke 2 aku jadi cikgu cina tak bertauliah ni..Aku nak ajar mengira. Jom mengira sama-sama.



hehe..pic aku ni sengetkan..saja nak sengetkan siapa yang membacanya. Selamat Mengira.


CINTA MAN&MINA : Part 2

Mungkinkah bersatu..

Sudah bertahun rasanya aku tidak bercerita mengenai sahabat baik aku, MAN. Sahabat baik yang kini sudah menjadi lebih dari sekadar teman biasa atau lebih tepat aku gelarkan dia sebagai ‘laki angkat aku’.

Masa terus berlalu sejak perkenalan kami. Keakraban yang memutikkan rasa cinta dan setia yang tidak berbelah bahagi pada MAN yang ku panggil Lowkong. Aku sendiri tidak menyedari sejak bila rasa cinta berputik di hati menyemarakkan rasa sayang. Tapi aku pasti rasa ini hadir bukan kerana aku simpati pada nasib dia. Aku jatuh cinta kerana dia itu MAN.

Jika dulu ku hebahkan pada dunia dialah sahabat terbaik aku, sekarang ingin sekali ku hebahkan bahawa dialah cinta hati aku. Cinta yang ku kenang sampai mati, cinta yang ku miliki, cinta yang membahagiakan hati namun takdir Allah mungkinkah cinta ini bersatu.

Pada Dia yang Satu, aku selalu bertanya selalu merintih kenapa hadirkan cinta ini dalam hatiku sedangkan aku tahu MAN tak mungkin akan menjadi ‘imam’ku.
Allah memberiku jawapan di saat hatiku menangis, ku mengerti cinta ini hadir kerana dia yang bernama MAN selayaknya merasa apa itu bahagia. Bahagia yang dia tidak pernah kecapi sepanjang umurnya. Bahagia adalah satu rasa yang dia tak pernah terfikir akan hadir dalam hidupnya. Bahagia adalah satu rasa yang dia ketepikan untuk insan-insan kecil yang perlukan dia.

MAN, 6 bulan jangkaan seorang doktor untuk riwayatnya di muka bumi Allah, tapi itu 4 tahun yang lalu. Kuasa Allah siapakah dapat menidakkannya, MAN masih bernyawa sehingga hari ni walaupun terpaksa mengheret dada. Allah sangat sayangkan MAN dengan memberi ujianNya yang belum tentu insan biasa seperti ku mampu menhadapinya.

Masa berganti masa, kesakitan man makin parah bila 'blood poison' mula menyerang semua organ dalaman dia. 'Blood poison' yang terhasil akibat kebocoran darah pada salur darah utama dia. Apa yang dirisaukan jika 'blood poison' menyerang otaknya. Apakah yang akan berlaku? 

Namun ketabahan dia mengatasi segala. Setiap hari man tak jemu mencari penawar sakitnya demi aku. Siapa tahan setiap hari terpaksa telan lebih 30 biji pil untuk teruskan hidup. Yang mana akhirnya ubat tu tak lagi memberi kesan pada dirinya.

10hb May 2013, man diserang sakit kepala yang teruk, aku sempat mendengar raungan kesakitan dia. Niat dihati ingin memberi khabar kematian adik tersayang namun tak sempat ku khabarkan dia sudah tak sedarkan diri. Akhirnya 'blood poison' menyerang otak man.

3 hari kemudian baru man sedarkan diri, tapi yang sedar tu adalah jasad yang tanpa memory. Allah hebatnya dugaanMu. Segala-gala yang man ada Allah ambil kembali nikmatNya. Yang tinggal pada man hanya 1 wajah, wajah yang buat man tertanya-tanya siapa pemilik. Wajah yang langsung man tiada memory mengenai empunya.

Sebulan lebih man hilang dari aku, mencari dirinya yang sampai hari ni man gagal temui. Hanya apabila jarinya mula menyentuh bb, seraut wajah itu terpampang didepan matanya. Itulah wajah yang ada dalam hatinya, wajah aku.

Mesej pertama ku terima ucapan salam yang kemudian disertai dengan pengakuan, 'maaflah sy tak ingat siapa awak, tapi wajah awak ada dalam mimpi sy'. Peritnya hati hanya tuhan yang maha mengetahui. 

Sebak hati bila mengetahui doa man sebelum dia hilang segalanya dari seorang teman,'Ya Allah, aku rela hilang segalanya, namun jangan kau hilangkan wajahnya dari hatiku'.

Adakah kerana ini ya Allah, Kau makbulkan permintaannya?. Syukur ya Allah, walaupun kau ambil semua nikmatMu darinya, kau masih kekalkan wajahku dalam hatinya.

Sedar tak sedar sudah hampir 5 bulan man hilang memory. Setiap hari bertanya siapakah dirinya. Semua perkara adalah perkara baru yang membingungkannya saban waktu. Hanya mereka yang mempunyai kesabaran tahap 'dewa' mampu tangani dia.

Satu demi satu kesakitan melanda dirinya. Akibat pengambilan ubat dalam jangkamasa yang lama, man disahkan pula mengalami ulser peptic, kebocoran usus akibat penipisan. Allah, hebatnya dugaanMu.

Setiap hari aku menghabiskan masa menemani man dari jauh. Melayan setiap kerenah dan pertanyaan dia. Man menjadi seolah-olah seperti anak kecil yang sentiasa bertanya ingin mengetahui sekitaranya. Bukan mudah untuk menjelaskan pada dia semua perkara termasuk sakit apa yang ditangungnya. Sebak hati mendengar rintihannya setiap hari. 

No. pertama yang man ingat adalah angka 8. 8 disember....8 disember tarikh kelahiran ku. Tanggal kelahiran dia, dia lupa pula. No. 22..No. rumahku. Sedikit demi sedikit man mengingati semuanya hanya berkait dengan memory bersama ku.

Banyak jiwa yang luluh dengan keadaan man. Airmata yang menitis mencairkan ego lelaki apabila sahabat sejati mereka gagal mengenali mereka, nama mereka pun tiada dalam memory man inikan pula kenangan bersama. Bukan hanya aku yang merintih rupanya, ada lagi insan sedarah meraung dari kejauhan dibumi asing.

Dimana jua man berada sekarang itulah tempat terbaik untuk dia, jauh dari dunia yang melukakan. Moga alam semulajadi memberi keajaiban pada dia dengan izin Allah. Setiap takdir yang Allah sudah aturkan itu yang terbaik. Pasti ada hikmahnya mengapa Kau takdirkan begitu untuk manusia yang bernama man.

Aku hanya mampu berdoa, moga hati ini diberi kekuatan untuk terus kekal disisi dia hingga akhir nafasnya. Semua adalah ketentuanMu ya Allah, ajal maut jodoh pertemuan, semua sudah Kau aturkan. Aku sebagai hambaMu, terpaksa menerima dengan redha.

*'Ya Allah, kembalikanlah ingatan Man, tak sanggup aku melihat derita orang sakit yang tak tahu apa sakitnya. Ya Rahman Ya Rahim, berilah keajaibanmu untuk dia, sembuhkan segala kesakitannya, Andai sudah tiba masanya, permudahkan bagi dia. Allah jaga kan dia'.


MAN&MINA




Aku & Mandarin : Part 1

Sedar tak sedar dah 5 bulan (40 jam) aku ambil kursus Mandarin, dah hampir tamat dan tak lama lagi aku kena masuk exam. Niat dihati belajar untuk mengukuhkan kedudukan diri sebab Mandarin ni antara bahasa penting kat Malaysia. Kalau nak g overseas macam ke negara jiran kita Singapore atau mungkin ke China, Mandarin diguna secara meluas.

Sebelum ni dah beberapa kali aku ke China dan Singapore, memang terasa sangat lah kita berada didunia asing. Kalau di Singapore masih OK sebab kita masih boleh bertutur dalam bahasa Malayu atau English. Tapi di China, kebanyakan penduduknya tidak pandai berbahasa English (bahasa insyarat jelah guna..hehehee).

Salah satu sebab yang buat aku ambil kursus Mandarin ialah peluang perkerjaan kat luar sana. Aku tengok kebanyakan tawaran kerja memerlukan kelebihan berbahasa Mandarin. Dimana-mana bidang pun kalau seseorang mempunyai kebolehan bertutur dalam Mandarin boleh dapat kelebihannya. 

Dalam dunia aku sekarang, kebanyakan pengguna atau petani dari bangsa Cina. Susah juga nak berkomunikasi sebab masih ramai orang cina diluar sana tidak fasih berbahasa melayu. Setiap kali mereka bertanyakan masalah mengenai produk atau kegunaannya, terpaksa lah aku menerangkan beberapa kali, nak cakap English pun payah sebab mereka tak faham.

Lagi satu sebab aku belajar Mandarin ialah untuk isi masa lapang dengan kata lain Bila Aku Boring.he hee..

Aku share sikit untuk entry kali ni yang aku rasa ramai orang tahu basic pengenalan diri.



Baca lah yang basic ni dulu, nanti aku sambung next entry.




Tuesday 1 October 2013

Come Exercise Together

Jom sama sama ikut aku buat senaman di tempat kerja. Management aku wajibkan staff buat 2x sehari..hehe..siap bagi copy kat semua staff cara bersenam..





*Fuh!!!! lepas buat senaman kat atas rasa lega sangat..cuba laaa...






CINTA MAN&MINA : Part 1

Bila Aku Bercerita Kisah Cinta..

Setelah 5 bulan  aku hidup tanpa man, aku semakin mengerti rupanya ada beza sakit hilang cinta akibat dikhianati dengan hilang cinta yang dibawa mati. Kedua-duanya amat sakit, pedih di hati tak terluah namun rasa yang dialami ada bedanya.

Aku pernah kehilangan cinta pertama aku, yang aku sayang aku puja berbelas tahun lamanya (bodohkan aku), namun jodoh itu tak berpihak pada aku, dia yang menurut perintah (ha..haa..) telah membuat keputusan untuk memilih jodoh pilihan keluarganya yang baru 2 minggu dia kenal dan 2 minggu kemudian mereka berkahwin.

Jodoh ni pelikkan (semua adalah atas perancangan dan izin Allah), bercinta bertahun-tahun lamanya belum tentu berjodoh, yang baru kenal kalau dah jodoh, sekelip mata jer orang bersanding depan kita. Dunia aku kelam sekejap dan bertahun aku hidup melara. Melara bukan sebab putus cinta tapi melara sebab si dia yang dah kahwin pun masih dok kejar-kejar aku. Sudahnya yang dituduh pengacau umahtangga orang adalah aku. Tapi tak apelah, masa dan keadaan akan buktikan siapa kejar siapa.

Bercakap pasal sakit hati bila cinta dikhianati, hati memang sakit sangat. Masa mengubat segala tapi kalau selalu depan mata lagi sakit kan. Orang bercerita tentang kebahagian dia, sedangkan si dia siang malam pagi petang dok kejar aku dengan statement ‘b tak bahagia’. Bila balik umah pijak semut pun tak mati depan isteri.

Dalam hati semua rasa cinta dah bertukar benci. Hidup dalam dunia yang tak ada ‘privacy’. Kalau tak dilayan ada yang jadi ‘pak guard’ depan umah aku. Kalau tak di rumah, jadi ‘pak pacak’ depan opis aku. Boleh dikata setiap masa aku nampak muka dia aku mengamuk, kalau gila kat aku nape pergi kahwin dengan orang lain. Bila aku suruh buat pilihan dia pilih aku. Pilih aku senang jer, lepaskan yang di sana. Boleh katanya tapi dah bertahun rasanya melekat jer aku tengok. Dah kuar pun ‘ulat’ sekor.

Lelaki oh lelaki..kalau ada cinta baru yang menyinggah tak sempat nak menyinggah lama-lama. Tak sampai sebulan dah kena warning ngan si dia jangan kawan ngan aku lagi. Mana nak melekat bf2 aku.

Itula nasib aku sebelum aku mengenali mamat yang bernama Man. Aku kenal man sebenarnya kat laman social gak. Rajin mamat ni menegur dan lepas sebulan kami menyembang kat YM, dia datang jumpa aku kat kampung yang masa tu kebetulan hari raya, 4 tahun lepas. 1st time jumpa macam biasa la sembang-sembang kosong dan keesokkan harinya mamat tu cakap ‘ I love u’. ha3..

Di awal perkenalan, tidak pernah aku tahu bahawa insan yang sanggup meredah kesesakan lalu lintas selama 5 jam (sepatutnya hanya sejam) di pagi hari raya untuk berjumpa denganku menderita sakit yang tiada ubat tiada penawar. Insan yang baru sebulan sedar dari lena yang panjang, 8 bulan hilang dari dunia, 8 bulan terbujur kaku di hospital. Insan yang menderita kecederaan dalaman yang serius akibat kemalangan yang dirancang.

Saat pertama kali bersua, aku tidak tahu bahawa dia jatuh cinta padaku tanpa melihatku tanpa pernah berjumpa denganku. Hatiku yang pada ketika itu menangis kerana cinta lama hanya mampu menerima kehadiran dia sebagai sahabat.

2 bulan berlalu kiriman sms dan email dari MAN ku jawab dengan hambar tanpa memberi peluang pada dia untuk mengenali ku. Malah perkabaran pemergian ayahandanya yang tercinta ke rahmatullah, aku sekadar membalasnya dengan ucapan takziah. Itula perkara paling ku kesalkan hingga ke hari ini.

Sebenarnya pantang bagi aku orang cakap macam tu bila sekali jer jumpa. Dengan hormatnya aku me’reject’ man. Maaf ler kita kawan jerla, kalau berjodoh nanti kita tak tau. ‘Kalau dah tertulis jodoh, sehari pun saya kawen dengan awk’. Itu janji aku pada Man dulu walaupun aku sendiri tak pasti kenapa aku boleh janji macam tu.

MAN&MINA