Tuesday 11 October 2011

2M - MINA & MAN

Orang tua cakap lelaki pompuan xleh berkawan rapat, xmanis..betul ke? tapi bagi aku, aku lebih selesa berkawan dgn kawan lelaki berbanding kwn2 pompuan yg ade mcam2 ragam..kwn2 lelaki lebih bijak menjaga rahsia berbanding kwan2 prempuan..aku bukan mgutuk sifat kaum aku sdri tp kebanyakan memang begitu, maafkan aku jika aku salah..

aku bangga punya teman sebaik seHEBAT Man, lelaki bersifat serdehana yg terlalu merendah dri mengelar drinya seorang tukang kebun..dr luaran sesiapa pun akan percaya bila melihat fisikalnya..sapa tau disebalik wajah ada seorang lelaki yg HEBAT yg bisa mengegar dunia..

aku dah terbiasa dgn tazkirah yg membina saban hari masuk ke peti pesanan telepon bimbit aku..kata2 semangat, lawak jenaka dan gurau senda yg menemani siang malamku..kerana dia aku keluar dri dunia gelapku, dunia yg penuh kenangan..kerana dia aku memulakan langkah utk memajukan lg idup ku..
kerana dia aku disini, mengarang sesuatu sebagai kenangan persahabatan kami..

2M..mina man..
termenterai satu perjanjian sehidup semati, sma2 susah sma2 senang tetapi bukan atas dasar cinta..ketulusan hati seorg sahabat yg semakin hari semakin aku kagumi..xpenah dia menjatuhkan maruah dengan memperlekehkan kebolehan org lain..bg nya semua insan hebat termasuk la aku yg xpunya apa2 trut dikatanya hebat..HEBAT kah aku? klu aku HEBAT, aku HEBAT kerana punya teman SEHEBAT kamu.


Hari demi hari menjadi tahun, aku xsedar bila kami menjadi terlalu rapat hingga segalanya dikongsi bersama walaupun kami dr dunia berbeza..dia bwa aku masuk ke dunia ini malah sediakan segalanya utk aku memulakan langkah didalam dunia maya ini, mulakan langkah didalam dunia dia..segalanya asing bg aku..dunia kimia dunia IT tentunya terlalu berbeza, aku jauh ketinggalan bila berada didunia IT ini..aku selalu berjenaka dgn sahabatku, 'aku tertinggal 10 langkah dibelakangmu dalam ape jua keadaan'..semakin ke teroka semakin aku sedar, aku jauh ketinggalan..


Dari sahabat tagged hingga menjadi sahabat sejati didunia nyata, aku amat bersyukur mengenali dia. Kerana dia aku punya adik2 comey yg jauh dinegara org, tekun menimba ilmu utk buktikan kepada seorang abang bahawa mereka boleh jadi insan yg HEBAT suatu ari nanti..

HEBATnya seorang laki2 mendidik seorg adik yang terkenal dengan kenakalan dan keHEBATannya dimalam hari, bakal menjadi seorang doktor yg HEBAT yg akn berbakti pd masyarakat satu hari nanti..

HEBATnya seorang laki2 yang mampu menjadikan seorang adik manja menjadi perempuan yg HEBAT yg bisa menaungi dua dunia pharmacy dan IT

HEBATnya seorang laki2 yg melupakan calar dihati utk membantu adik yg terleka pd kepalsuan cinta..adikmu bakal menjadi arkitek yang HEBAT atas doronganmu.

HEBATnya seorang laki2 yg menjadikan seorang adik patuh pd setiap aturanya tanpa sebarang bantahan, seorang adik HEBAT yg bakal menjadi pembela pd mereka yg teranianya..

HEBATnya seorang laki2 yg mampu menyatukan 4 keluarga menjadi saudara..
HEBATnya seorang laki2 yg mampu menyejukkan hati telapak syurga bila mengenalinya..
HEBATnya seorang laki2 yg mampu membuat ketua keluarga menyerahkan semua keputusan di tangannya..

Aku tahu sahabatku pasti tidak bersetuju bila aku hebahkan pd dunia keHEBATannya..tapi aku mahu satu dunia tahu, aku punya sahabat yg amat HEBAT, amat digeruni, amat dihormati didunia maya ini.


Syukur pd yg SATU
kerana memberi aku peluang mengenalimu,
kerana bg aku peluang utk jadi sahabatmu,
kerana bg aku waktu utk melalui siang malamku bersamamu..
kerana bg aku keistewaan utk jd org kesayanganmu..

Jika aku diberi 3 permintaan,
pertama: aku mendoakan dipanjangkan hayatmu..
kedua: aku mendoakan dirimu kau sembuh dr deritamu..
ketiga: aku mendoakan dimurahkan rezekimu..

3 permintaan yg ckup menguntungkan bukan hanya pd aku tp pd adik2mu, pd sahabat2mu dan pd insan yang amat memerlukan kamu serta dunia ini. Malah musuhmu juga bisa menangis bila kehilangan org seHEBAT kamu dimana mereka memerlukanmu utk berada ditahap yg mereka ad skang.

Banyak lagi ingin ku khabarkan pd dunia tentang keHEBATANmu..
InsyaAllah akan ku coretkan lagi..

" TERIMA KASIH ABANG SEBAB SENTIASA ADA UNTUK AKAK"

No comments:

Post a Comment