Saturday 8 October 2011

fotografi dlsr semakin canggih dengan handphone


DUNIA fotografi bukan lagi terhad kepada kamera kompak atau DSLR semata-mata, malah ia sudah diperluaskan ke peranti lain seperti telefon bimbit digemari pengguna berikutan kemudahannya yang ringkas dan mudah dibawa ke mana saja Kamera masih medium utama untuk mendapatkan hasil imej yang menawan namun telefon memainkan peranannya sendiri sebagai peranti kedua. Ia mudah dicapai dan dikeluarkan terus dari poket sekiranya diperlukan.

Apatah lagi penyelidikan firma penganalisis IDC meramalkan menjelang akhir tahun, penghantaran peranti mudah alih baru mening�kat sebanyak 55 peratus dan Gartner mengunjurkan bahawa dalam tempoh masa yang sama, 1.2 bilion orang akan menggunakan telefon mudah alih untuk berhubung menerusi web.
Ya, penggunaan kamera dalam telefon boleh dikatakan dipengaruhi penggunaan media sosial yang dikatakan menambah baik komunikasi dan perhubungan di samping kemudahan Internet pantas sama ada melalui sambu�ngan 3G atau WiFi.Fungsi sebenar telefon bimbit tidak lagi terhad sebagai medium penghubung mahupun sekadar menghantar dan menerima SMS memandangkan kemajuan teknologi memberi kelebihan dan manfaat lebih buat pemiliknya.

INSTAGRAM...aplikasi sosial untuk penggemar fotografi.
INSTAGRAM...aplikasi sosial untuk penggemar fotografi.


Bak dunia tanpa sempadan, semuanya boleh dilakukan secara mudah alih menggunakan telefon bimbit.
Masalahnya, apakah telefon bimbit yang sebenarnya bersesuaian dengan kehendak atau keperluan penggunaan kamera kita?

Mengikut kajian, terdapat beberapa kategori pengguna yang menggunakan telefon bimbit termasuk:


1. Profesional mudah alih - Sekitar 17 peratus pengguna yang memakai telefon pintar dan tidak mempunyai masalah menggunakan telefon yang lebih kompleks dan dilengkapi pelbagai aksesori. Kajian mendapati golongan ini benar-benar merasakan ciri tambahan itu lebih penting daripada sekadar membuat panggilan dan lebih cenderung untuk beralih kepada pembekal perkhidmatan yang menawarkan teknologi terkini.

2. Pengguna biasa - Hampir seperlima pengguna di dunia masih menggunakan telefon sekadar untuk keperluan biasa dan golongan ini biasanya sering keliru dengan pakej tertentu yang ditawarkan.

3. Mobirati - Istilah yang digunakan untuk generasi pertama yang hidup dengan menggunakan telefon sejak kecil. Dianggarkan 19 peratus pengguna ini sudah bersedia menerima apa saja teknologi yang dikeluarkan vendor telefon.

4. Penghubung sosial - Sebanyak 22 peratus pengguna dikhabarkan memastikan telefon yang dibeli berupaya menyambungkan mereka ke dunia laman sosial seperti facebook dan twitter sama penting dengan membuat panggilan.

5. Pengguna pragmatik - Golongan menguasai 22 peratus jumlah keseluruhan pengguna telefon bimbit mementingkan kualiti capaian rangkaian, malah dikatakan mereka tidak setia kepada satu syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan perkhidmatan suara dan data dan jika perkhidmatan mengecewakan, mereka akan beralih kepada pembekal yang lain.


Secara umum, faktor ke�empat (penghubung sosial) memainkan peranan penting sebagai kategori pengguna telefon bimbit di dunia yang memanfaatkan telefon bimbitnya untuk merakam foto dengan kamera.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada keupayaan kamera untuk merakam dan menghantar imej dan video dengan telefon anda.

Jika ia kerap digunakan (lebih daripada dua kali sehari), lebih baik mempertimbangkan telefon kamera yang mempunyai banyak model tersedia sekarang, 
namun perlu diingat jika murah harganya mungkin tidak memberikan kualiti atau kebolehpercayaan anda inginkan.

Dari situ anda akan mendapat maklumat asas mengenai kamera telefon sama ada ia VGA, XGA atau WXGA.

VGA bermakna Video Grapics Array yang diper�kenalkan pada 1987, mungkin format paling asas digunakan dalam kamera telefon kerana ia hanya menyokong resolusi maksimum 640 x 480 piksel.

XGA adalah singkatan eXtended Graphics Array bermakna resolusinya lebih tinggi dengan 1024 x 768 piksel.

Sementara WXGA adalah kesinambungan Wide eXtended Graphics Array yang berupaya memberi resolusi 1366 hingga 1280 piksel secara menegak atau 768 hingga 720 piksel secara melintang.

Saiz paparan dan warna antara ciri penting dalam rekaan yang memberikan ketajaman imej dirakam menggunakan telefon bimbit. 

Skrin harus menawarkan kontras antara warna latar belakang dan paparan sementara fon harus cukup besar untuk membaca.

Faktor bateri pula mempengaruhi telefon bimbit. Lagi kerap foto dirakam dan dihubungkan ke Internet, lagi banyak tenaga bateri digunakan.

Ia adalah salah satu ketidakselesaan utama pemilikan telefon bimbit bergantung kepada model serta kekerapan penggunaan.

Kebanyakan kamera telefon yang baik mengutamakan kekuatan kamera sebagai tunjang telefon bimbit terbabit dengan penambahan resolusi kamera minimum 5.0 megapiksel.

Keupayaan menghasilkan kualiti foto terbaik setanding kamera digital kompak 
biasa ditambah pula teknologi masing-masing (seperti kerjasama Sony dan Sony Ericsson) memberikan keselesaan apabila ia diperlukan.

Ia menawarkan kemudahan kepada pengguna apabila mahu merakam saat luar jangkaan dengan memberikan sembilan rakaman sebaik butang diklik.

Selain itu, ia turut didatang�kan dengan fokus automatik apabila subjek diambil 
terpapar di skrin kamera pada sebelum rakaman dibuat.

Biasanya, terdapat keupayaan ‘touch up’ imej pada telefon bimbit yang mampu membaiki kualiti gambar dengan satu klik untuk memastikan tahap kecerahan, pencahayaan dan kontras ditetapkan menepati keinginan si pemakai. 

Bagi telefon pintar popular seperi iPhone dan peranti berasaskan Android, aplikasi tertentu yang dicipta pembangun menawarkan ciri mencantikkan gambar sehingga menjulang telefon seperti kamera kompak sedia dalam genggaman.

Antara telefon yang mempunyai kamera terbaik termasuk iPhone 4, Sony Ericsson Arc, Samsung Galaxy S II, Nokia X7 dan HTC Evo 3D.

Bagi aplikasi tambahan fungsi kamera pula, anda seharusnya mencuba Instagram, Vignette, FX Camera, Hipstamatic atau LittlePhoto.

Masih banyak lagi aplikasi lain yang boleh dipindah turun tapi kelima-lima aplikasi yang ditawarkan memberikan kemudahan berlainan menjadikan foto dirakam melalui telefon mampu disunting dan lebih kreatif.

No comments:

Post a Comment