Sunday 23 October 2011

Qaseh Sufi


******mina*****

Puaskan kau lukai
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah ooo sayangku

Dimanakah nuranimu
Dimana akal sehatmu
Sekarang kau campakkanku
Setelah kau dapatkan ku

Mungkin hanya bilaku mati
Kau kan berhenti tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini terus engkau lukai..


Airmata Sufi gugur menahan sebak mendengar lagu yang kena tepat pada keadaannya saat ini.

“Kejamnya dia melayan aku, ape salah aku”, serentak Sufi terkenangkan kekasaran tunangnya yang selalu menolak pelawaan Sufi untuk bertemu. Sudah 3 bulan mereka bertunang, belum pernah mereka keluar bersama. Sikap tunangnya cukup menjengkelkan tetapi itu takdir Sufi, permintaan rakan arwah abahnya Sufi terpaksa tunaikan, Sufi terhutang budi kerana lelaki itu banyak membantu dia dan ibunya selama ini. Sufi terkenangkan hari-hari esok jika dia sah bergelar isteri kepada lelaki itu, bolehkan dia bahagia.

Abah Sufi bukannya orang biasa, seorang peniaga hebat yang disegani namun di saat syarikat papanya berada di mercu kegemilangan, beliau telah dikhianati oleh rakan seperjuangan. Abah Sufi hilang segalanya hingga menyebabkan beliau meninggal dunia akibat serangan jantung. 

Sufi yang masih menuntut redha ketentuan Ilahi. Berkat restu ibu disisi Sufi berjaya dalam pengajian dan bekerja di syarikat milik rakan arwah abahnya di ibu kota. Rakan arwah abah merangkap bakal bapa mentua, dato’ Saiful, Sufi mengeluh lagi.


*****mina*****

“ Selamat Hari Lahir En. Sofian”, ucapan tahniah dari sahabat handai dan tetamu pejabat tidak putus-putus menyapa Sofi. Hari lahir Sofi yang bersejarah disambut meriah sempena perlantikan Sofi sebagai Pengarah Urusan mengantikan papanya, Dato’ Saiful yang ingin bersara awal.

Namun kemeriahan majlis belum cukup untuk mengembirakan hati Sofi. Hatinya berbunga api kemarahan. Jawatan baru yang disandang adalah kerana urus niaga hidup dia dengan papanya. Satu urus niaga yang terpaksa Sofi persetujui, bertunang dan berkawin dengan anak rakan papa, seorang perempuan bernama Sufi.

Sofi lansung tidak mengenali siapa Sufi, papa cuma mengatakan Sufi adalah anak arwah rakan baiknya dari kampung yang penah bersama-sama berjuang untuk mencipta nama di dunia korporat. Namun rakan ayahnya kecundang. 

Semasa majlis pertunangan Sofi dan Sufi, Sofi memutuskan untuk tidak menghadirkan diri. Semua urusan pertunangan diserahkan kepada ibubapanya. Majlis pertunangan tidak memerlukan calon lelaki untuk menghadirinya, Sofi dapat menyelamatkan diri.

Sofi melirik kepada PA papa yang turut sama hadir memeriahkan majlis, ‘Qaseh’. Satu nama yang diminatinya dalam diam. Qaseh bakal PAnya berkuatkuasa serta merta. Gadis manis yang sopan menutup aurat tetapi berani berfesyen memang memikat hatinya. Sofi tidak pernah mendengar sebarang cerita buruk atau gossip mengenai Qaseh.

Hati Sofi memberontak, aku suka Qaseh tetapi bertunang dengan Sufi.

‘argh, kalaulah  aku boleh mendapatkan Qaseh dan putuskan pertunangan dengan Sufi’.

Sekali lagi Sofi merenung ke arah Qaseh, terasa Qaseh membalas pandangannya. ‘Qaseh suka akukah’, hati Sofi berbisik. Kenapalah aku menyimpan perasaan ini, mana mungkin Qaseh sukakan aku, papa mesti sudah memberitahu Qaseh bahawa aku sudah bertunang.

Sofi sudah diberitahu Sufi turut hadir dimajlis keraian itu namun Sofi langsung tidak berminat untuk mengenali tunangannya. Mengingati Sufi buat hatinya panas, perempuan itu pasti setuju dengan pertunangan ini kerana dia punya agenda yang tersendiri. Kenapa papa boleh terpedaya. Hati Sofi terus membuat andaian.

Sementara itu, Qaseh senyum melihat gelagat Sofi. ‘Bahagianya aku jika aku dapat memiliki hatinya’. Qaseh beristigfar dan bermonolog sendiri,’ sedarlah duhai hati dia tidak pernah menyukaimu’.

Qaseh membayangkan hari esok apabila dia menjadi PA Sofi. Qaseh berdoa agar dia dapat berkerjasama dengan Sofi tanpa melibatkan soal perasaan yang semakin hari sukar diduga Qaesh. Ada rasa sayang ada jua rasa yang menguris hati.


*****mina*****

“Selamat pagi Qaseh’, teguran itu menyedarkan Qaseh bahawa ketua barunya sudah masuk kerja hari ini.

“ Selamat Pagi Encik”, Sapaan Sofi dibalas dengan sopan dan senyuman.

Kaku Sofi apabila melihat senyuman qaseh. Kalaulah ini tunanganku, Sofi berbisik.

Sofi masuk ke biliknya dan memulakan tugas baru. Sesekali dia mencuri pandang pada wajah manis di luar yang amat diminatinya.

‘aku kena luahkan perasaan aku padanya tetapi bagaimana, sedangkan aku terikat pada satu ikatan yang bukan senang untuk aku putuskan’, serentak Sofi terbayang wajah papa yang tegas orangnya. ‘Argh’, perasaan ini mungkin terpaksa aku kuburkan.

Saban hari bertemu dan berkerjasama dengan Qaseh di pejabat memutik rasa cinta dihati Sofi. Senyum tawa Qaseh buat Sofi lupa dia telah bertunang dan tidak pernah sekalipun dia cuba menghubungi Sufi. Semua pangilan Sufi dibiarkan tanpa jawapan, pesanan ringkas dari Sufi juga tidak dibacanya.

Sofi makin tidak keruan apabila papanya meluahkan hasrat hati supaya pekahwinan mereka dipercepatkan. Bakal isteri Sofi akan bersama-sama menerajui syarikat atas permintaan papa. ‘apa perempuan tu tahu, aku takkan benarkan perkara ini berlaku’, hati Sofi membuat keputusan.

Sofi mula membayangkan dia akan kehilangan Qaseh. Dia dapat rasakan ada rasa yang tersembunyi di mata Qaseh, kasih yang tidak terungkap. Sofi yakin dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Sementara itu Sufi keliru dengan pandangan mata dan kata hati. Kenapa dia tidak pernah menjawab panggilanku apatah lagi membalas pesanan ringkas yang aku titipkan. Kalau dia tidak suka aku mengapa dia tidak berterus-terang. Sufi bingung memikirkan sikap Sofi. Sufi akui, hatinya dapat menerima kehadiran Sofi dalam hidupnya cuma sesekali akal waras menafikan bahawa Sofi tercipta untuknya. Kedinginan Sofi menyakinkan dia, Sofi juga terikat kepada permintaan keluarga.

Sufi hanya mengenali Sofi setelah arwah bapanya meninggal. Walaupun keluarga mereka rakan rapat tetapi mereka tidak pernah berjumpa secara berdepan kerana masing-masing berada dibenua yang berbeza atas tuntutan mencari ilmu.

Lewat petang tadi, bakal ayah mentuanya berjumpa ibu untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan. Hati Sufi resah, Sofi langsung tidak mempedulikannya sejak akhir-akhir ini, Sofi seperti tidak sudi dengannya. Sufi mengeluh mengenangkan sikap Sofi yang pada pendapat Sufi punyai 2 sikap yang berbeza. Sikap berpura-pura dan bijak berlakon untuk menutup mata dunia.

Bunyi deringan telefon bimbit menyedarkan Sufi dari lamunan, tertera nama Sofi yang memanggilnya. Hati Sufi berdetik, apa mimpi lelaki ini menelefonku?.

Sufi menamatkan perbualan dengan rasa sebak. Tergiang ditelinganya, kekasaran suara Sofi meminta agar dia memutuskan tali pertunangan mereka. Tamaknya dia dengan memberi alasan aku ini tidak layak untuknya. Harta kekayaan adalah miliknya tanpa perlu mengahwini aku. Dia meminta aku mengundur diri agar papanya tidak akan menyalahkannya sekaligus membatalkan syarat perkahwinan mereka. 

Mengertilah Sufi mengapa selama ini Sofi tidak pernah menyukainya.

Terbit airmata yang sedari tadi bergenang di mata Sufi. Walaupun pertunangan ini atas permintaan Dato’ Saiful, Sufi amat menghormatinya. Timbul rasa sayang pada tunangannya walaupun Sofi tidak pernah melayannya sebagai tunang mahupun seseorang yang punya ikatan dengannya.

Terguris hati Sufi apabila Sofi menuduhnya cuba menumpang senang pada kemewahan kelurganya. Bukan itu yang Sufi inginkan. Kebaikan keluarga Sofi kepada Sufi dan ibu tidak terbalas. Sofi juga telah menjelaskan bahawa dia mencintai gadis lain.

Sufi mengesat airmata menahan tangis, mengapa aku perlu menangis kerana lelaki sebegitu. Bukan salah dia untuk perpisahan ini, aku yang tidak layak untuknya. Kalau pengorbanan aku memutuskan tali pertunangan ini baik untuknya, maka aku korbankan juga rasa cinta yang sudah berputik dihati aku asalkan dia bahagia.

Setitik airmata Sufi gugur, ini airmataku yang terakhir, aku perlu jelaskan kepada ibu dengan alasan yang kukuh. Hati Sofi bukan untukku, jika aku teruskan belum tentu aku akan bahagia. 

Syukur persiapan perkahwinan belum lagi dimulakan. ‘Maafkan Sufi ibu.’ Sufi terbayang wajah Uncle Saiful, hubungan suci perlu hubungan dua hala, sedangkan dia hanya bertepuk sebelah tangan. ‘Maafkan Sufi uncle’.

Sufi memejamkan mata, terbayang wajah Sofi dimindanya. Akan ku simpan kenangan bersama walaupun itu hanyalah lakonan baginya. Sufi terlena setelah berjaya memikirkan jalan penyelesaiannya.

*****mina*****

Sofi masuk ke pejabat dengan riang, sempat dia menyapa Qaseh yang nampak terkejut dengan kegembiraan yang terpamer diwajahnya. Hati Sofi berbunga riang, Qaseh akan jadi miliknya. Dia tidak sabar-sabar lagi ingin meluahkan rasa hati kepada gadis pujaannya.

Alhamdulilah pagi tadi papanya mengkhabarkan berita gembira apabila mengatakan Sufi telah meminta tali pertunangan mereka diputuskan. Tegang suara papanya berubah menjadi kendur apabila melihat wajah Sofi yang berpura-pura sedih dengan keputusan Sufi. Kesal papa kerana Sufi memutuskan pertunangan tetapi papa nampaknya redha atas permintaan Sufi.

Sofi dapat lihat kesedihan di wajah papa, terasa sedikit sebak dihati kerana menghampakan papanya, tetapi rasa itu dibuangnya serta merta apabila memikirkan bahagia yang menanti.

Sofi melontar pandangan ke luar biliknya, serentak matanya beradu pandang dengan mata Qaseh. Ada kekosongan di mata itu hari ini, ‘mengapa ya’ hati Sofi berbisik. Qaseh kembali menyibukkan diri apabila menyedari Sofi memandang. Bukan kali pertama Sofi menyedari Qaseh merenungnya dalam diam. Sofi dapat rasakan Qaseh juga menyukainya.

Pandangan Sofi jatuh pada jemari runcing yang sibuk menaip sesuatu di komputernya. Sudah tidak ada cincin di jari Qaseh. Walaupun dia tidak pernah bertanya mengapa Qaseh memakainya tetapi hatinya riang bila Qaseh tidak lagi memakai cincin tersebut. Sofi tersenyum, rasa hati ingin dikhabarkan segera.

Tengahari itu Sofi dikejutkan dengan perkhabaran berlaku kemalangan di tapak projek syarikat di pantai timur. Sofi terpaksa bergegas pergi. Hanya pesanan ringkas yang diletakkan di meja Qaseh menyatakan pemergiannya ke tempat kemalangan.

Sepanjang perjalanan Sofi menyedari kebodohannya yang selama ini tidak pernah menyimpan nombor telefon Qaseh, PAnya. Segala urusan kerja mereka selesaikan di pejabat tanpa melibatkan luar waktu kerja. Sofi lebih suka melayan angan-angan di malam hari memendam kerinduan kepada Qaseh. Sofi tidak punya kekuatan untuk berbicara dengan Qaseh selagi dirinya terikat dengan Sufi.
Sofi mengeluh. ‘aku akan segera kembali untuk kamu, Qaseh’. 

Dalam kerisauan, Sofi melupakan seketika rasa cinta dan menumpukan sepenuh perhatian pada masalah yang dihadapi oleh syarikatnya.

*****Mina*****

3 hari di tapak projek cukup memenatkan Sofi, 3 pekerja cedera parah apabila terjatuh dari bumbung bangunan yang tiba-tiba runtuh. Kejadian berlaku kerana kecuaian pekerjanya yang memasang bumbung dengan salah sekaligus menyebabkan kecelakaan kepada diri sendiri.

Sofi bersyukur sekurang-kurang tidak ada kematian dan kejadian itu berlaku semasa pusat beli belah itu masih dalam binaan. Jika ia berlaku selepas ia mula beroperasi dan orang ramai berada didalamnya, pasti keadaan lebih buruk terpaksa Sofi hadapi.

Kepulangan Sofi disambut dengan pemulangan barang-barang hantaran dari pihak perempuan. Sofi tidak mengendahkan semuanya walaupun mulut mama bising menyuarakan kekesalan pada tindakan Sufi memutuskan pertunangan. Sofi gelak dalam hati, ‘sedar diri juga perempuan itu rupanya’.

Sofi tahu sejarah keluarga bekas tunangannya. Arwah bakal mentua Sofi gagal dalam perniagaannya hingga menyebabkan kematiannya semasa Sofi berada di tahun akhir pengajian. Sofi tahu papanya banyak membantu keluarga arwah rakannya hinggakan anak perempuannya pun papa mahu jadikan anak sendiri. Diri Sofi bukan taruhan untuk papa membalas budi. Papa sudah pun membalas budi arwah rakannya dengan menolong keluarga arwah.

Perempuan itu pasti mahukan harta papa untuk bina kembali empayar perniagaan ayahnya. Dengan menjadi menantu kepada seorang jutawan membolehkan perempuan itu buat apa sahaja mengikut kehendaknya. Sofi sendiri tidk pasti mengapa hatinya terlalu prejudis kepada seorang perempuan bernama Sufi. Baginya gadis itu pandai mengambil kesempatan atas kebaikan papa. Apabila papanya mahu menyegerakan perkahwinan mereka, api kemarahan Sofi makin membara. Dia tidak akan benarkan perempuan itu mencapai impiannya.

Keesokan hari, awal pagi Sofi sudah muncul di pejabatnya. Sofi rindukan Qaseh. Dia ingin mengajak Qaseh bersarapan dengannya. Sofi tidak dapat menahan rasa hatinya lagi.

Namun jam sudah melewati angka 10.00 pagi, bayang Qaseh belum muncul di pejabat. Hati Sofi tertanya-tanya, Sofi tidak menyedari ada satu sampul putih berada di atas mejanya kerana dari pagi Sofi melayan angan-angan untuk memiliki Qaseh.

Serentak itu Sofi dikejutkan dengan ketukan di pintu biliknya.

‘Maaf encik, saya kenalkan PA encik yang baru mengantikan Cik Qaseh’. Sofi terkejut dengan kehadiran pegawai sumber manusia syarikatnya, Puan Marina yang memperkenalkan penganti Qaseh.

“PA baru mengantikan Qaseh? Bila Qaseh berhenti kerja Puan Marina? Saya tidak dimaklumkan oleh sesiapa pun mengenai hal ini”. Sofi ternyata terkejut dengan berita yang tidak diduganya.

“Perletakkan jawatan Cik Qaseh telah diluluskan oleh Dato’, berkuatkuasa 24 jam. Cik Qaseh berhenti kerja secara mendadak kerana urusan peribadi katanya. Cik Qaseh sudah berhenti kerja 2 hari yang lalu”, Puan Marina memberi penjelasan.

“Kenapa tidak ada seorang pun yang memberitahu saya hal ini. Dia PA saya, saya perlukan dia untuk uruskan syarikat”, lantang suara Sofi memarahi Puan Marina.

“Maaf encik, Cik Qaseh uruskan sendiri perletakan jawatannya dengan Dato’, kami hanya diberitahu setelah Cik Qaseh pergi. Cik Suria, PA encik yang baru ini merupakan calon simpanan pihak syarikat semasa Dato’ mengambil Cik Qaseh bekerja dulu”. Penjelasan Puan Marina membuat Sofi terdiam.

“Kalau begitu, tidak mengapa Puan, sila tunjukkan tempat untuk Cik Suria dan tunjuk ajar dia apa yang perlu”, Sofi memberikan arahan ringkas sebelum mengisyaratkan Puan Marina memperkenalkan Cik Suria kepada rakan kerja yang lain.

Sofi bungkam di tempat duduknya. Perasaan berkecamuk tertanya-tanya mengapa Qaseh meletakkan jawatan semasa dia tiada di pejabat. Mengapa Qaseh tergesa-gesa untuk pergi. Sofi terkilan kerana tidak sempat menyuarakan rasa hatinya kepada Qaseh.

“Puan Marina, boleh dapatkan saya nombor telefon dan alamat Qaseh, saya ingin berbincang sesuatu dengannya”. Sofi terpaksa menghubungi Puan Marina untuk mendapatkan maklumat peribadi Qaseh yang selama ini dia tidak pernah ambil pusing. Dia ingin mencari kekasihnya.

Sofi hampa apabila nombor yang didailnya gagal dihubungi. Sofi pernah lihat nombor telefon Qaseh tetapi Sofi gagal mengingatinya. “Dia bekas PA aku, pasti aku lihat nombor telefonnya dimana-mana”, bisik hati Sofi.

Sofi ingin menghubungi papanya bertanyakan isu perletakan jawatan Qaseh yang baginya terlalu tergesa-gesa. Namun Sofi terpaksa membatalkan hasrat apabila memikirkan papanya menerima perletakan jawatan Qaseh bersebab. Papa lebih kenal Qaseh dari aku, Qaseh bekas PA dia juga.

Sofi mengengam kemas alamat rumah Qaseh yang baru diperolehinya daripada Puan Marina. Qaseh aku akan pergi mencari kamu, aku rindu kamu. Kerinduan dihati Sofi tidak tertahan kepada gadis yang dicintainya dalam diam.

Setiba Sofi di kawasan perumahan Qaseh membuat Sofi tersentak. Sofi penah datang ke rumah Qaseh sebelum ini kira-kira 5 tahun yang lalu. Hati Sofi menafikan mungkinkah..argh bukan, mereka bukan orang sama.

Rumah Qaseh tidak berpenghuni. Hati Sofi tertanya-tanya, kemana penghuninya pergi. Sofi memberi salam beberapa kali yang akhirnya disambut oleh jiran Qaseh.

“Kemana penghuni rumah ni pergi makcik?”, segera Sofi bertanyakan mengenai Qaseh kepada jirannya.

“Qaseh? Oh ya! kamu tanya pasal Sufi yer?”, Sofi tersentak mendengar kata-kata makcik tersebut.

“Er..Sufi? Sufi dengan Qaseh tu orang yang sama ke makcik?”, jiran Qaseh mengeleng kepalanya sambil tersenyum.

“Nama budak tu Qaseh Sufi, ibu dan kenalan rapat semua panggil dia Sufi. Anak cari Sufi ni kenapa?”, penjelasan jiran Qaseh membuat Sofi terpana.

“Erm..saya bekas bos Qaseh, saja datang melawat Qaseh”. Terbeliak mata jiran Qaseh memandang Sofi.

“Oo, inilah bekas tunang si Sufi yer, kacak orangnya, anak hartawan lagi, napelah si Sufi ni putuskan pertunangan. Kalau harta yang dikejarnya tak payah la susah payah terima tawaran bekerja di luar negara, duduk di Malaysia pun dah senang lenang. Pelik makcik dengan si Sufi”. Sekali lagi Sofi terkejut dengan penjelasan jiran Qaseh.

“Qaseh pergi mana makcik”, perasaan ingin tahu memaksa Sofi bertanya lanjut.

“Sufi dah bawa ibunya sekali ke luar negara, kalau tak silap makcik Dubai, Sufi dapat tawaran kerja yang lumayan kat sana. Tapi kan kalau makcik jadi Sufi makcik tak akan pergi, dah ada tunang kacak kaya raya di sini nak apa lagi”. Terdiam Sofi mendengar bebelan jiran Qaseh.

Sofi meminta izin untuk berlalu bersama sejuta satu rasa. Qaseh Sufi. ‘Argh!!’, Sofi menjerit sekuat hati.


*****mina*****

Sofi bergegas pulang ke rumah. Setiba rumah segera Sofi bertanyakan mama di mana mamanya menyimpan barang-barang hantaran yang dipulangkan oleh Sufi. Ada suatu benda yang dicari Sofi. Benda yang selalu dilihat oleh mata Sofi ketika Qaseh berada disisinya.

Bergenang airmata Sofi apabila menemui apa yang dicarinya. Sebentuk cincin yang Sofi biasa lihat tersarung di jari manis Qaseh. Qaseh tunang aku, kenapalah aku bodoh sangat. Sofi teringat dia yang meminta Sufi putuskan pertunangan.

Sofi terbayang bagaimana Qaseh merenung dia di pejabat. Dia nampak keikhlasan dan kasih yang terpancar di mata Qaseh untuknya. Sofi kesal orang yang dicintainya adalah bekas tunangan yang selama ini Sofi tidak nampak kehadirannya. Sofi akui Qaseh gadis bijak yang hebat, satu ciptaan tuhan yang sempurna.

Dia terlupa pegawai yang bertugas di tapak pembinaan pernah mengirim salam kepada Sufi. Malah Sofi mengandaikan salam itu dikirim kepada bekas tunangnya bukan kepada Qaseh padahal Qaseh yang selalu berurusan dengan pegawai tersebut. Sofi terpana.

Sofi teringat tiap bicaranya yang pasti menguris hati Qaseh Sufi. Sofi selalu mengelak apabila Sufi mengajaknya keluar. Sofi tidak pernah memberi ruang untuk Sufi berada dalam hatinya. Sofi meraup muka, kesal dengan sikapnya.

Namun di pejabat Sofi melayan Qaseh dengan mesra. Qaseh selalu mengelak apabila Sofi mempelawanya untuk makan tengahari bersama-sama. Qaseh Sufi mungkin menganggap Sofi lelaki yang pandai berpura-pura dan bijak berlakon.

“Maafkan aku Sufi, aku cintakan Qaseh hingga lupa aku telah punya Sufi”, Sofi menahan sebak, hati lelakinya terusik kerana kebodohannya selama ini.
Sofi segera mendapatkan papanya untuk mendapatkan penjelasan mengenai Qaseh Sufi.

“Pa, kenapa papa terima perletakkan jawatan Qaseh?”, soalan Sofi mengejutkan Dato’ Saiful yang sedang mengelamun di ruang utama.

“Sofi, Sufi ingin mengapai cita-citanya, apa salahnya papa izinkan dia pergi. Papa tak dapat satukan dia dengan kamu, dia menolak perhubungan yang papa jalinkan, soal hati tak boleh dipaksakan, kalau Sufi tak mnyukai kamu sekurang-kurangnya dia dapat mengapai impian dia. Hasrat papa untuk jadikan dia sebahagian daripada keluarga kita dan bersama-sama kamu untuk memajukan syarikat tak tercapai”. Dato’ Saiful mengeluh tanpa sedar ada pergolakan dalam jiwa anak bujangnya.

“Papa terhutang budi pada ayah Sufi, papa bersalah pada Sufi, papa ingin tebus kembali tetapi Sufi tidak menerimanya. Papa takut Sufi dan ibunya tak dapat maafkan papa, tapi papa silap, tidak ada dendam pun dihati mereka untuk papa”. Penjelasan Dato’ Saiful membuat Sofi tertanya-tanya.

“Apa maksud papa?”, rasa ingin tahu menyebabkan Sofi bertanya lagi.

“Papa dan arwah ayah Sufi pernah berkerjasama dalam satu tender 5 tahun yang lalu. Ayah Sufi mempertaruhkan segalanya demi tender ini. Papa telah buat kesalahan besar kerana telah berkongsi maklumat tender syarikat pada rakan papanya yang akhirnya menyebabkan kami kehilangan tender tu. Arwah ayah Sufi hilang segalanya. Kegagalan tender itu tidak menjejaskan papa tetapi memberi impak yang besar pada arwah ayah Sufi”, terbayang kekesalan di wajah Dato’ Saiful.

“Papa ingin Sufi bina kembali perniagaan ayahnya selepas dia berkahwin dengan kamu, tetapi dia menolaknya. Dia lebih selesa berkerja sendiri dan putuskan pertunangan dengan kamu. Katanya papa akan dapat calon menantu yang baik daripadanya. Papa rasa kehilangan seorang bakal menantu dan anak perempuan yang baik Sofi”. Keluh Dato’ Saiful lagi.

“Pa tau tak mana Sofi boleh cari Sufi”, Sofi yang terkesima dengan penjelasan Dato’ Saiful segera bertanyakan papa jejak Qaseh.

“Papa tak tahu Sofi, dengar khabar Sufi ke Dubai tetapi setahu papa, impian Sufi bukan di sana. Dia punya impian besar, impian arwah ayahnya”.

“Papa Sofi ada pergi kerumah Qaseh tadi tetapi mereka tiada dirumah. Mereka berangkat Dubai bila pa?’.

“Malam ini,tapi Sufi tak izinkan papa menghantar mereka, mungkin sekarang mereka telah berlepas”.

Selepas mendengar penjelasan Dato’ Saiful, Sofi tanpa melengah masa bergegas mengambil kunci keretanya dan memecut laju menuju ke lapangan terbang. Hatinya ingin menangis. “Ya Allah jangan Kau biarkan Qaseh tinggalkan aku, berilah aku peluang untuk meluahkan rasa cintaku padanya”, Sofi berdoa di dalam hati.

Setiba di lapangan terbang, Sofi segera mencari kelibat Qaseh Sufi.

Terpana Sofi melihat papan jadual perlepasan yang menyatakan penerbangan ke Dubai telah berlepas beberapa minit sebelum ketibaannya. Sofi hilang arah, Qaseh Sufi telah hilang dari matanya.

Sementara itu, Sufi mengejutkan ibunya yang terlena. Kasihan ibu kepenatan kerana melayan kerenah Sufi. Sufi sengaja mengajak ibunya pulang ke kampung halaman arwah abah, menghabiskan masa yang mereka ada sebelum berlepas ke luar negara.

Sufi sudah lama mendapat tawaran untuk berkerja di negara kelahirannya. Rupa Sufi seiras arwah papa yang berketurunan melayu sedangkan ibu Sufi warga kota New York. Arwah abah berkenalan dengan ibu semasa dia menuntut di sana. Ibu sukakan budaya Malaysia dan lebih selesa membahasakan diri sebagai ibu berbanding mama.

Sufi kagum dengan ibu yang dapat menyesuaikan diri dengan Malaysia. Walaupun ibu tidak berkelulusan tinggi seperti arwah abah, namun ibu sudah selesa dengan memegang jawatan sebagai pengurus hotel di ibukota. Ibu banyak membantu arwah abah untuk menguruskan syarikatnya dulu walaupun ibu sibuk berkerja. Sufi mengerti ibu amat sedih apabila abah pergi. Keputusan Sufi untuk bawa ibu pulang ke New York adalah keputusan terbaik untuk mereka.

Sengaja dikhabarkan kepada jiran yang Sufi mendapat kerja di Dubai. Sufi akui walaupun jirannya bermulut becok tetapi dia masih punyai hati yang baik. “Panjang umur kita mungkin ketemu lagi makcik”.Sebak hati Sufi mengingati jiran lamanya.

Ibu sudah bersara, sudah sampai untuk Sufi membalas jasa ibu. Apabila Sufi menyatakan hasrat hatinya kepada ibu serta memberi alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan, ibunya tidak membantah. Ibu turut gembira kerana dia dan Sufi akan pulang ke negaranya. Dia yakin suatu masa Sufi juga akan kembali ke Malaysia.


*****mina*****

Seminggu Sufi dan ibu berada di rumah pusaka arwah abah. Rumah pusaka ini masih elok dijaga rapi oleh sepupu arwah abah. Sufi telah menguruskan penjualan rumah mereka di kota. Biarlah kenangan di kota tinggal kenangan, yang pusaka tetap Sufi kekalkan. Manalah tahu suatu masa Sufi akan kembali.

Sufi dan ibu akan berlepas ke New York bila-bila masa sahaja. Kereta kesayangan Sufi dan rumah yang penuh kenangan telah selamat dijual. Di sana sudah ada sanak saudara ibu yang menanti ketibaan mereka. Sufi akan mulakan hidup baru di sana bersama ibu.

Sufi pasti rindukan segala yang dia tinggalkan di Malaysia.

“Selamat tinggal bumi Malaysia. Selamat tinggal Mohd Sofian as-Saori”, bisik hati Sufi setelah kapal terbang meninggalkan landasan. Sufi pasrah pada keputusannya.


Note: Dulu masa kecik-kecik aku bercita-cita nak jadi novelis bila dah besar lain pulak jadinya. Aku bukan guru bahasa Melayu, aku sedar banyak kesalahan tatabahasa dalam cerita yang tiba-tiba aku rasa ingin mengarangnya. Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment