Wednesday 12 October 2011

DUNIA AKU

menyembur racun
Bila sebut tentang racun semua orang takut, yela kan siapa tak takut bila sebut tentang racun yg bisa membunuh..tapi itu lah dunia aku..dunia aku selama 6 tahun, dunia aku sejak aku tinggalkan zaman pengajian..

Dunia aku dikelilingi debu-debu bahan kimia beracun yg berterbangan di udara..semua org tanya tak bahaya ke, bahan-bahan kimia masuk melalui pernafasan dan mencemarkan makanan minuman aku..tapi itu la dunia aku..

Sebut tentang racun, macam-macam racun ada dalam dunia ni, racun dari sebatian kimia ataupun racun yang diestrak dari sumber alam flora dan fauna..tapi dalam dunia aku sekarang aku dikelilingi racun dr sebatian kimia..

Dalam dunia aku ni ada racun rumpai, racun serangga, racun kulat, racun tikus, racun kutu, racun semut dan macam-macam racun lagi..kadang-kadang aku tak larat nak menjawab pertanyaan teman-teman atau org kampung yang bertanyakan racun apa yang dunia aku ada..racun orang pun ada sebenarnya..

Saban hari kerja aku mengumpul maklumat mengenai produk racun yang baru untuk didaftarkan dengan Kementerian Pertanian, kerja yang aku tak suka bila berurusan dengan orang kerajaan..nak komen banyak pun tak boleh tapi sesiapa yang selalu berurusan dengan orang kerajaan mesti memahami apa yang aku tak dapat nyatakan disini..

Dekat pejabat kerja aku merangkap PA kepada bos aku yg HEBAT orgnya dalam dunia racun. Sepatutnya dah berehat dirumah bermain dengan anak cucu..Walau siapa pun dia, macamana pun sikap dia aku tetap hormat dia kerana dia banyak mengajar aku untuk maju dalam dunia racun ni..Kalau dia penat jadi bos aku tetiba dia jadi macam bapak aku, bagi tazkirah macam-macam kat aku termasuklah soal jodoh aku..Angguk je lah walaupun telinga aku dan hati selalu berdarah kerana dia.

Aku juga secara tak langsung menjadi customer service melayan segala pertanyaan mengenai racun samada dari segi keberkesanan racun, kegunaan, pengesyoran dan masalah berkait dari pelbagai golongan, pihak kementrian, pengedar, pengguna, pekebun dan ada yang tak berkenaan pun..Lebih banyak pertanyaan lebih arif aku mengenai sesuatu produk racun..

Makin lama aku dalam dunia ni aku makin seronok, aku tahu ckup susah utk keluar dr dunia ini walau aku mencuba utk masuk ke dunia lain..bertukar bos atau bertukar majikan, aku masih dalam dunia ni..Dunia pendaftaran racun yang requirementnya selalu berubah tanpa pekeliling, makin hari makin sukar makin mencabar..tapi aku terpaksa tempuh terpaksa laksanakan sebab ini kerja aku, amanat majikan aku yang hanya mahukan 'walau kamu terpaksa buat apa sekalipun, kamu kena pastikan produk racun ini didaftarkan'..macamana tu..

Kalau hendak diceritakan mengenai dunia aku ni, panjang lebar lagi aku boleh karang..
tapi aku lebih suka kalau ada yang berminat nak tau mengenai racun, bukan bermakna aku nk promosikan produk keluaran syarikat aku, aku bukan dibahagian pemasaran..aku cuma nak kongsi pengetahuan dan pengalaman aku yang tak seberapa tantang racun..

Ada kelapangan aku akak ceritakan lagi mengenai dunia aku..dunia racun..

No comments:

Post a Comment