Wednesday 19 October 2011

Akta Racun Makhluk Perosak 1974

Pesticide atau racun makhluk perosak telah diwartakan dibawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Adalah menjadi satu kesalahan jika mengiklan atau mempromosikan tanpa kebenaran dan kelulusan daripada Lembaga Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian Malaysia.

Apa yang aku kongsikan di sini hanya untuk memberi info mengenai kegunaan racun makhluk perosak tanpa mempromosikan mana-mana produk atau pengeluar produk ini. Oleh yang demikian diharap info yang aku kongsikan dapat dimanafaatkan oleh pengguna samada untuk isi rumah atau untuk pertanian.

Jika ada sahabat yang seangkatan denganku dari badan penyelidikan, pengeluar racun yang lain atau dari kalangan pengusaha ladang serta penguna membaca blog ini,  sila beri tunjuk ajar untuk aku memperbaiki penulisanku.

Walau bagaimanapun, sila dapatkan nasihat daripada jabatan pertanian untuk maklumat yang lebih tepat dan dikedai-kedai yang diluluskan oleh jabatan pertanian yang menjual produk racun.

Akhir kata,

" BACA LABEL SEBELUM GUNA".

Jangan gunakan racun dengan kadar yang lebih tinggi dari yang disyorkan.

1 comment: