Monday 24 October 2011

Biskut Tawar vs Biskut Meri

Biskut tawar ialah istilah kepada hati aku yang tak penah tetap pendirian dalam cinta. Aku mudah tersuka seseorang dan mudah jua melupakan tetapi cinta dihati hanya satu. 

Biskut meri tu pulak istilah bagi teman tapi mesra aku yang saban waktu bersamaku. Orang yang tak jemu-jemu beri nasihat dan ceramah motivasi yang kadang-kadang buat telinga aku berdarah. Tetapi cara dia menasihati aku buat aku senang.

Masa lapang aku kekadang aku habiskan dengan mengira embun setiap malam. Tepat pada waktunya bunyi sms mengangu pengiraanku, telah ku duga siapa pengirimnya. "balik la, dah-dah la kira embun tu". itulah pesanan dari biskut meri yang menyuruh aku pulang. 

Hidup aku simple sahaja. Apa sahaja yang tergerak dihatiku, aku akan lakukan. Namun masa sudah mengubah jadual hidupku. Kebanyakan waktu sekarang ku habiskan mengadap notebook di kamar ku. Jauh dari kemeriahan dunia luar, yang ade hanya aku, notebook, hp aku dan bunyi sms yang tak putus-putus dari biskut meri.

Biskut meri banyak mengubah hidupku. Kalau dulu aku berkelana melayan duka dalam kegelapan kamar yang sepi, kini biskut meri membawa aku ke dunianya yang meriah. Dunia yang baru bagi aku. Kalau dulu aku  menjadi sang penyanyi sumbang untuk menghiburkan hati, kini aku menulis sesuatu untuk meluah isi hati.

Aku tidak pernah terpikir pun untuk mempunyai blog sendiri. Saban waktu memikirkan apa yang harus aku karangkan di blog. Dalam kesibukan berkerja aku mencari idea bagaimana caranya aku ingin memulakan langkah di dunia biskut meri. Aku tercari-cari apakah yang dimahukan oleh pembaca diluar sana. 

Nasihat biskut meri yang diakui ramai, "wang bukan segalanya tp tanpa wang kita bukan sapa-sapa". Pegangan hidup biskut meri membuka mata aku yang selama ini lebih suka hidup serdehana. Memasuki dunia biskut meri membuah keinginan aku untuk mencari kepala agung, satu benda yang bernilai menjadi kegilaan biskut meri dan semua orang yang waras.

Orang cakap aku dah berjaya dalam hidup. Aku sudah punya semuanya tetapi bila aku bandingkan biskut tawar dn biskut meri, aku bukan sapa-sapa. Aku tidak punyai apa-apa. Berkawan dengan biskut meri buat aku bersemangat untuk jadi hebat sepertinya. Biskut meri yang low profile tetapi punya segalanya.

Bermula dari gurauan harian hinggalah terhasilnya sebuah blog bertemakan "AKU BERHAK BERDIAM DIRI BILA DITANYA". Kenyataan di mahkamah yang aku gunakan untuk menyelamatkan diri dari soalan-soalan cepu emas yang ditanyakan oleh pentazkirah seperti biskut meri. Kenyataan yang memberinya idea untuk menamakan blog aku sedemikian. 

Biskut meri banyak membantuku menyiapkan blog ni tanpa aku pun sebenarnya. 
Terima kasih biskut meri kerana tak jemu-jemu melayan kerenah aku yang slow sikit dalam duniamu. Terima kasih sebab tak jemu-jemu memberi idea untuk aku menulis. Terima kasih tuk setiap tazkirahmu yang membina. Terima kasih juga sebab sentiasa ada untukku. 

p/s: Biskut tawar dah jadi biskut lemak sebab biskut meri melayan jer ape biskut tawar mahukan..hehe. masey.




No comments:

Post a Comment